Utama Berita Automotif BYD Sealion 7 facelift rasmi lancar, cas lebih laju

BYD Sealion 7 facelift rasmi lancar, cas lebih laju

22

BYD Sime Motors (BSM) rasmi melancarkan versi facelift BYD Sealion 7 (2026) ke pasaran tempatan menerusi pilihan warna badan baharu iaitu Ultraviolet buat varian Premium yang dijual pada harga RM163,800. 

Di samping itu, kesemua varian didatangkan standard dengan kemasan ruang dalaman hitam bagi pengalaman kabin yang kemas dan elegan.

Berbanding Sealion 7 sedia ada, versi facelift kini didatangkan dengan senibina elektrik 800V serta dilengkapi pengecasan pantas DC sehingga 230kW berbanding sebelumnya 150kW. Manakala, varian asas pula menyokong pengecasan pantas DC sehingga 110 kkW.

Bagi 300 pelanggan terawal, BSM menawarkan harga tawaran istimewa RM159,800 dengan penjimatan RM4,000 bagi varian Dynamic.

Sementara itu, varian Premium dan Performance yang telah dipertingkatkan masing-masing dijual pada harga RM188,800 (wallbox + bonus tukar beli RM3,888) dan RM203,800 (wallbox + bonus tukar beli RM2,888), lengkap bersama promosi pelancaran eksklusif yang ditawarkan untuk kesemua varian.

Selain itu, kesemua BYD Sealion 7 dilengkapi dengan teknologi Bateri Blade lengkap dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), serta ciri-ciri keterhubungan pintar yang direka untuk meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan, dan kemudahan.

Dibina berasaskan e-Platform 3.0 BYD termaju, berikut spesifikasi yang ditawarkan mengikut varian :

  • Dynamic : Menampilkan konfigurasi pacuan roda belakang (RWD) dengan kuasa 170 kW dan tork 380 Nm. Bagi cas penuh, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 520km (NEDC) dan pecutan 0–100kmj dicapai dalam tempoh 7.3 saat. 
  • Premium : Menggunakan bateri Blade BYD berkapasiti lebih besar iaitu 91.39 kWh, berbanding 82.56 kWh sebelum ini. Hasilnya, jarak pemanduan telah meningkat daripada 567km kepada 650 km (NEDC). Keupayaan pengecasan pantas DC juga telah dinaik taraf daripada 150kW kepada 230 kW, bagi memendekkan tempoh berhenti di stesen cas. 
  • Performance : Varian AWD Performance menawarkan output 390 kW dan tork 690 Nm, ia mampu memecut dari 0–100kmj dalam masa hanya 4.5 saat di samping menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 km (NEDC). Ia turut dilengkapi bateri Blade 91.39 kWh, keupayaan pengecasan pantas DC 230 kW, angkup brek berwarna merah serta rim bersaiz lebih besar 245/45 R20. 

Pakej Pelancaran 

Sempena pelancaran BYD Sealion 7 (2026), para pelanggan boleh menikmati pakej nilai tambah eksklusif bagi meningkatkan pengalaman pemilikan.

Pelanggan yang membuat tempahan bagi mana-mana kenderaan BYD semasa siri jelajah bakal menerima Kredit Pengecasan bernilai RM200 sebagai ganjaran tempahan khas. 

Selain itu, kereta elektrik (EV) itu didatangkan dengan pakej jaminan komprehensif serta aksesori percuma agar pelanggan dapat menikmati pengalaman pemanduan lebih tenang. 

Perlindungan Jaminan Merangkumi:

  • Jaminan kenderaan selama 6 tahun atau 150,000 km
  • Jaminan bateri high-voltage Blade selama 8 tahun atau 160,000 km
  • Jaminan unit pacuan (drive unit) selama 8 tahun atau 160,000 km

Aksesori Percuma Termasuk:

  • Penyesuai Vehicle-to-Load (V2L)
  • Kabel pengecasan Type 2 dengan palam 3-pin

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here