Utama Berita Automotif Morbidelli T250 motosikal dual-sport fokus off-road

Morbidelli T250 motosikal dual-sport fokus off-road

6

Peminat motosikal dual-sport kini mempunyai pilihan baharu dengan pengenalan Morbidelli T250 oleh MForce Bike Holdings.

Berbeza dengan T250X yang berkonsepkan motosikal kembara, T250 menawarkan keupayaan tunggangan off-road yang lebih ketara.

Dari segi mekanikal, T250 dikuasakan enjin satu silinder 249.4cc SOHC yang sama digunakan pada T250X.

Enjin ini mampu menghasilkan 22.4hp pada 7,500rpm dan tork 22.3Nm pada 6,000rpm.

Antara kelengkapan yang disediakan adalah seperti :

  • fork hadapan jenis USD
  • monoshock belakang dengan pelaras pra-beban
  • sistem brek dua piston di hadapan dan belakang
  • cakera brek dengan ABS dua saluran

T250 turut dilengkapi lampu LED penuh bersama lampu nyalaan siang DRL, pelindung tangan, dan rim jejari bersaiz 19 inci di hadapan serta 17 inci di belakang.

Panel meternya menggunakan jenis digital LCD manakala kapasiti tangki bahan api pula ialah 11.7L.

Untuk pasaran tempatan, Morbidelli T250 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu :

  • Carnage Red
  • Bulk Black
  • Anarchy Grey

Harganya ditetapkan pada RM7,988.

Sorotan Spesifikasi Morbidelli T250:

  • Enjin : 249.4cc, satu silinder, SOHC
  • Kuasa : 22.4hp @ 7,500rpm | 22.3Nm @ 6,000rpm
  • Suspensi : Fork USD depan, monoshock belakang dengan pelaras preload
  • Brek: 2-piston depan & belakang, ABS dual-channel
  • Rim/Tayar : Rim jejari 19 inci depan, 17 inci belakang
  • Lain-lain : Lampu LED penuh dengan DRL, pelindung tangan, meter LCD, tangki 11.7L
  • Warna : Carnage Red, Bulk Black, Anarchy Grey
  • Harga : RM7,988

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here