Utama Berita Automotif Suzuki Patrol Van khusus untuk kegunaan polis di Filipina

Suzuki Patrol Van khusus untuk kegunaan polis di Filipina

4

Jika di Amerika Syarikat, polis bergantung pada SUV besar dan berkuasa seperti Ford Expedition SSV.

Tetapi di Asia Tenggara, pihak berkuasa tempatan perlukan kenderaan yang muat lorong sempit dan kos operasi hampir sifar.

Suzuki memenuhi keperluan itu di Filipina dengan memperkenalkan Carry Patrol Van sebagai model komersial rasmi.

Kebanyakan orang mengenali Suzuki Carry sebagai trak kei Jepun dengan reka bentuk cab-over.

Namun di pasaran Asia lain termasuk Filipina, Carry hadir dalam versi lebih besar dan lebih lebar. Generasi ini dihasilkan di Indonesia sejak 2019 tanpa perubahan besar dan varian polis ini menjadi pembaharuan pertama.

Carry Patrol Van direka untuk kegunaan kerajaan tempatan, barangay, dan organisasi komuniti. Kabin depan dikekalkan, manakala bahagian belakang menerima modul pengangkut penumpang heavy-duty dengan bangku boleh diterbalikkan untuk sehingga 10 orang.

Naik taraf termasuk lantai plat bertekstur, side step belakang terbina, serta penutup kanvas sisi boleh gulung dengan kunci. Trak cab-over ini turut dilengkapi lampu kecemasan di bumbung, siren, dan pembesar suara luaran untuk pengumuman awam.

Di bawahnya, trak sepanjang 4,195 mm ini mengekalkan casis ladder frame dengan leaf spring belakang. Model spesifikasi Filipina menggunakan enjin petrol 1.5 liter NA empat silinder, menghasilkan 95 hp dan 135 Nm.

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 5-kelajuan. Ia memang bukan untuk mengejar penjenayah, tetapi mampu membawa muatan sehingga 940 kg selain memuatkan ramai penumpang di belakang.

Selain model polis, Suzuki turut melancarkan Carry PUV Class 1 untuk koperasi pengangkutan, shuttle majlis perbandaran, dan pusat peranginan.

Ia menerima modul belakang berbentuk kotak dengan bangku sisi, ruang kepala tambahan, tingkap kanvas boleh gulung, serta alat pemadam api terbina.

Di Filipina, Carry Patrol Van dijual pada harga bermula dari 822,000 peso (RM54,570) sementara model PUV Class 1 pula dari 849,000 peso (RM56,362). 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here