
Hyundai Motor Malaysia memperluas rangkaian pengedarannya dengan pembukaan rasmi Hyundai Juru GBM — pusat 4S terbaharu di Juru, Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Goh Brothers Motor Sdn Bhd.
Pembukaan ini adalah antara strategi Hyundai memperkukuh kehadiran jenama berkenaan di seluruh negara.
Hyundai meletakkan sasaran untuk memiliki 25 pusat jualan dan perkhidmatan menjelang akhir 2026.

Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, pemilihan Pulau Pinang dibuat kerana kedudukannya sebagai antara hab ekonomi dan inovasi utama negara.
“Pengalaman luas Goh Brothers Motor dalam industri automotif wilayah Utara, serta pemahaman mendalam mereka terhadap pasaran tempatan, menjadikan mereka sebagai rakan strategik penting dalam rancangan pengembangan rangkaian Hyundai,” katanya.
Beroperasi di 1874, Lorong IKS Bukit Tengah, Taman IKS Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, pusat baharu seluas 1,432 meter persegi ini menawarkan konsep 4S sepenuhnya iaitu Sales, Service, Spare Parts dan Body & Paint.

Antara kemudahan utama Hyundai Juru, GBM :
- 8 ruang servis untuk penyelenggaraan lebih cekap
- Ruang pameran menampilkan barisan model utama Hyundai seperti SANTA FE, TUCSON dan STARIA
- Pusat alat ganti tulen Hyundai
- Kemudahan Body & Paint yang lengkap
Sebagai pengedar eksklusif, Goh Brothers Motor turut membawa masuk jenama prestasi tinggi Hyundai N ke wilayah Utara Semenanjung.
Hyundai N mula diperkenalkan di Malaysia pada KLIMS 2026 menerusi model IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N.

Bersempena pembukaan Hyundai Juru GBM, pihak syarikat menawarkan GBM Grand Opening Total Care Campaign yang berlangsung sehingga 31 Ogos 2026. Pelanggan boleh menikmati:
- Pemeriksaan kesihatan kenderaan 26-poin secara percuma
- Diskaun sehingga 10 peratus untuk alat ganti tulen Hyundai
- Diskaun sehingga 20 peratus bagi caj buruh untuk invois servis melebihi RM500
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang jualan runcit, selepas jualan dan pengurusan pengedaran, Goh Brothers Motor komited untuk memberikan standard perkhidmatan tertinggi kepada pelanggan Hyundai di wilayah utara.
Waktu Operasi Hyundai Juru GBM :
- Setiap hari | 9.00 pagi – 5.30 petang
































