Utama Berita Automotif BYD terima sambutan hangat pada Ogos, kei car Racco buka mata pengguna...

BYD terima sambutan hangat pada Ogos, kei car Racco buka mata pengguna Jepun!

10

BYD Auto Japan merekodkan 1,260 tempahan pada Ogos 2026, sekali gus menjadi jumlah tempahan bulanan tertinggi bagi kesemua enam model BYD di Jepun.

Antara penyumbang utama ialah BYD Racco, dengan jumlah tempahan keseluruhan mencecah kira-kira 1,500 unit setakat akhir Ogos.

Jumlah itu dicapai walaupun setiap pengedar BYD hanya beroperasi secara purata 16 hari sepanjang Ogos berikutan cuti Obon.

BYD Racco Terima Sambutan Tinggi

Sejak dilancarkan, BYD Racco mencatat peningkatan kunjungan, pandu uji dan rundingan pembelian di pengedar sah BYD di seluruh Jepun.

Sambutan terhadap Racco turut memberi kesan kepada model BYD lain apabila pelanggan yang datang turut menunjukkan minat terhadap model lain.

Antara komen pelanggan termasuk mereka tidak mengetahui BYD mempunyai model lain selain Racco, selain terkejut dengan prestasi pemanduan, kelengkapan dan harga selepas pandu uji.

BYD Racco juga mencatat kadar tempahan kira-kira 20 unit bagi setiap pengedar sebulan.

Daripada jumlah tempahan Racco, kira-kira 80 peratus adalah untuk varian paling tinggi, 300 Premium.

Walaupun begitu, sebanyak 81 unit BYD Racco didaftarkan pada Ogos, dengan jumlah tersebut didominasi varian asas RACCO 200.

BYD Racco 300 Premium Mula Dihantar

BYD Racco 300 Premium akan mula diedarkan kepada pengedar sah BYD di seluruh Jepun mulai pertengahan September.

Penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula pada separuh kedua September selepas proses pendaftaran selesai.

BYD Auto Japan menyatakan kira-kira 80 peratus pelanggan RACCO merupakan pelanggan baharu kepada jenama BYD.

Sebahagian besar tempahan datang daripada pembeli yang sebelum ini tidak memiliki model BYD memandangkan jenama itu masih baharau di Jepun.

Jarak Pemanduan Sehingga 320km

BYD Racco ditawarkan dengan jarak pemanduan 210km bagi sekali cas untuk varian 200, manakala Racco 300 Plus dan 300 Premium menawarkan sehingga 320km berdasarkan mod WLTC.

Antara lima sebab utama pelanggan memilih Racco berdasarkan tinjauan BYD Auto Japan terhadap 100 pelanggan ialah:

  • Rasa yakin selepas pandu uji
  • Kelengkapan yang melebihi harga
  • Tahap keselamatan yang tinggi
  • Waranti jangka panjang serta perlindungan bagi bateri pemacu dan komponen voltan tinggi
  • Jarak pemanduan yang mencukupi

Kesemua enam model BYD yang dikira dalam rekod tempahan Ogos ialah Racco (BEV), Dolphin (BEV), Atto 3 (BEV), Seal, Sealion 6 (PHEV), dan Sealion 7 (BEV).

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here