Utama Berita Automotif JPJ Kedah sita 16 buah kenderaan dipandu Rohingya

JPJ Kedah sita 16 buah kenderaan dipandu Rohingya

12

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita sebanyak 115 kenderaan dan mengeluarkan 28 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops khas Pewa yang berlangsung 28 hingga 30 September lalu.

Menurut kenyataan, dalam operasi itu sebanyak 16 buah kenderaan sita melibatkan pemandu warga Rohingya. 

Jelasnya, pihak berkuasa turut memberi perhatian kepada pemilik kenderaan warganegara Malaysia yang membenarkan warga asing memandu kenderaan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa pemilik tidak boleh mengambil mudah atau menyerahkan kenderaan kepada mana-mana individu untuk dipandu tanpa memastikan segala keperluan undang-undang dipatuhi.

“Tanggungjawab memastikan pemandu dan kenderaan mematuhi peraturan bukan hanya terletak kepada pemandu, malah turut melibatkan pemilik kenderaan,” menurut kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, JPJ Negeri Kedah menyatakan telah mengeluarkan sebanyak 4,447 saman dan menyita 164 buah kenderaan dalam Ops Pewa sejak 17 Jun lalu.

Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi tersebut melibatkan memandu tanpa lesen sah, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta kenderaan digunakan tanpa perlindungan insurans yang sah. 

“Kenderaan sita merangkumi 128 buah motosikal, 28 buah motokar dan lapan buah kenderaan lain yang didapati melanggar undang-undang jalan raya negara.

 

“Penguatkuasaan ini merupakan langkah berterusan JPJ Negeri Kedah bagi memastikan semua pemandu, termasuk warga asing yang menggunakan kenderaan di jalan raya, mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here