Berita Automotif

Penunggang Honda EX-5 larikan lori roti Gardenia

Seorang pemandu lori cemas dan buntu setelah mendapati lori milik syarikatnya hilang selepas ditinggalkan sebentar di bahu jalan berhadapan sebuah stesen minyak Taman Puchong Utama, Puchong, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, pemandu berusia 34 tahun itu...

Nissan Z Nismo (2024) rasmi lancar, 402hp tiada transmisi manual

Nissan Z Nismo rasmi lancar di Jepun menerusi rangkaian naik taraf signifikan. Berikut penambahbaikan yang dilakukan: Nissan menambahbaik penyejukan enjin 3.0 liter turbo berkembar V6 sekaligus menghasilkan kuasa 420hp (+20hp) dan tork 520Nm (+45Nm).  Nissan membangunkan Z Nismo menggunakan transmisi automatik...

Dua individu gaduh gara-gara pintu kereta calar sudah berdamai

Seorang individu yang dipercayai terlibat dalam pertengkaran gara-gara kereta miliknya didakwa tercalar di sebuah kawasan perumahan di Bandar Sunway telah menarik balik laporan polis dan menyelesaikan secara baik.  Individu itu berkongsi kenyataan tersebut menerusi akaun Facebook, semalam. "Kes yang viral tadi...

Pelajar sekolah maut motosikal langgar lembu melintas

Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar seekor lembu di Jalan Kampung Kota Bukit dalam mukim Jeneri, Sik, Kedah, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Abdul Hameen Abdul Rahman, 14, mengalami kecederaan parah pada kepala dan meninggal...

Masalah hos ABS, Yamaha R-25 (1,165) dan MT-25 (1,204) dipanggil balik

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi akaun Facebook berkongsi senarai kenderaan yang terlibat dalam kempen panggil balik pihak pengeluar. Menerusi perkongsian berkenaan tiga buah model motosikal yang terkesan iaitu Yamaha  MT-25 dan Yamaha R-25 serta Honda CB250R. YAMAHA MT-25 & R-25 Sebanyak...

Bolehke campur RON 95 dan RON 97 dalam satu tangki? Ini jawapan Pakcik Shell….

Nombor yang diletakkan pada setiap nozel pam minyak mewakili  paras oktana dalam bahan api. Paras oktana ialah ukuran ketahanan haba bahan api tertentu untuk mengelakkan perkara yang biasa dikenali dalam kalangan mekanik bunyi ketukan pada enjin. Persoalannya bolehkah mencampurkan RON 95...

Bakal lancar 10 Julai, Indonesia negara pertama perkenal dan CKD Mitsubishi ‘The New SUV’

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mempertontonkan “The New SUV” kepada media Indonesia menjelang GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 10 Julai ini.  Berikut maklumat awal yang didedahkan Mitsubishi menjelang pelancaran rasmi SUV yang bakal bersaing dengan Honda HR-V itu: Memiliki dimensi...

Zeus Helmet perkenal ZS-613 Edisi Merdeka, terhad 1000 unit

Zeus Helmets Malaysia memperkenalkan ZS-613 Edisi Merdeka sempena sambutan Kemerdekaan Negara ke-66 pada 31 Ogos ini. Helmet dua kegunaan itu memberi pilihan kepada pengguna untuk dijadikan open face atau full face.   Edisi Merdeka tersebut dijual pada harga RM380 dengan aksesori tambahan...

Rafizi: Kerajaan tidak turunkan harga minyak kerana kerajaan perlu tanggung hutang besar

Kerajaan tidak dapat melaksanakan penurunan harga minyak kerana kedudukan kewangan negara tidak sama seperti dahulu yang mana perlu menanggung hutang besar. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata partinya berkempen turunkan harga minyak pada 2007 dan 2008. "Waktu itu kerajaan bertindak naikkan harga...

Suzuki Malaysia perkenal dua warna baharu Raider R150Fi, harga naik RM665

Suzuki Malaysia memperkenalkan dua warna baharu Bright Ivory/Titan Black dan Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey pada model Raider R150 Fi (2023). Harga jualan underbone berkenaan adalah RM8,838 yang mana meningkat sebanyak RM665 berbanding model tahun lalu. Mekanikal tidak berubah yang mana Raider R150...

MEDIA SOSIAL

150,296FansLike
1,048FollowersFollow
11,000FollowersFollow
4,390SubscribersSubscribe