Lebih besar dan menarik, Volkswagen Fest kini kembali!

1122

Acara Volkswagen Fest 2018 buat kali kedua anjuran Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bakal diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2018. Volkswagen Fest ini bakal diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Fokus utama festival pada tahun ini adalah pengenalan rangkaian model edisi khas serta Program Kesetiaan Pelanggan Volkswagen. Festival ini bakal menyaksikan para peminat Volkswagen dari semua latar belakang meraikan kecintaan mereka terhadap jenama ini.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pengunjung sepanjang tiga hari acara ini berlangsung. Antaranya ialah pengunjung berpeluang memandu uji pelbagai model Volkswagen, menikmati rebat dan tawaran istimewa keatas kereta baharu serta yang telah didaftarkan.



Terdapat juga baucar petrol percuma bernilai RM3,000 ke atas kereta terpakai yang terpilih. Selain itu, terdapat juga tawaran menarik “Starbuys” yang ditawarkan pada harga serendah RM55,888* untuk model Vento dan Golf GTI serendah RM188,888*.

Manakala kepada pengunjung yang berminat untuk membeli kereta baharu boleh mengambil peluang sewaktu Volkswagen Fest ini untuk dapatkan Skim Perlindungan Harga yang sedang berlangsung. Skim ini sah keatas semua kereta yang didaftarkan sebelum 30 November.

Manakala bagi memudahkan urusan jualan kereta sedia ada untuk dapatkan sebuah Volkswagen, perkhidmatan penilaian kenderaan secara percuma disediakan. Selain itu, pemeriksaan pinjaman pantas oleh sebuah bank bagi membantu urusan permohonan pembiayaan sewa beli mereka juga turut disediakan.

Pemilik kenderaan Volkswagen yang mengunjungi festival ini boleh mendapatkan pemeriksaan 20 poin di gerai selepas jualan khas yang turut menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan khidmat pelanggan.

Volkswagen juga akan menawarkan keahlian selepas jualan istimewa kepada 200 pemilik terawal yang kereta mereka berusia empat tahun dan ke atas.

Volkswagen Fest 2018 ini bakal berlangsung daripada 12 hingga 14 Oktober bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Waktu operasi Volkswagen Fest 2018

  • 10am – tengah malam (12 – 13 Oktober 2018).
  • 10am – 10pm (14 Oktober 2018).

Untuk maklumat lanjut, sila layari lanjut, www.volkswagen.com.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here