SIC janji ‘keistimewaan’ ulang tahun ke-20 MotoGP di Sepang

1077

Demam MotoGP kembali dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjanjikan sesuatu yang istimewa pada ulang tahun ke-20 perlumbaan berprestij itu di litar berkenaan yang dijadual 1 hingga 3 November ini.

Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Azman Yahya berkata pihaknya sentiasa bekerja keras untuk memastikan kualiti penganjuran GP Malaysia pada tahap terbaik.

“Ia jadi satu penghargaan untuk menyaksikan ulang tahun ke-20 GP Malaysia di SIC dan ke-70 MotoGP. Sejak 20 tahun lalu kami bekerja keras untuk pastikan ia dapat dilangsungkan pada tahap terbaik.



“Segala-galanya terbukti hasil kejayaan memenangi penganjuran GP terbaik ketika 2012 dan 2017,” katanya pada majlis pelancaran GP Malaysia malam tadi.SIC

Kempen #KamiGearKe7 sekali lagi akan kembali sambil peminat boleh menzahirkan sokongan mereka kepada pelumba dan pasukan negara. Yang cuba menghasilkan keputusan cemerlang di negara sendiri.

“Saingan tahun ini akan bertambah rancak apabila Malaysia memiliki tiga pasukan di kategori berbeza.  Petronas Yamaha Sepang Racing Team baharu saja pamer taring apabila Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan GP Catalunya di tempat kedua.

“Kehadiran Hafizh Syahrin dan Khairul Idham Pawi juga menambahkan keghairahan peminat. Selain itu, menjadi sesuatu yang unik buat peminat dari Indonesia untuk menyaksikan Dimas Ekky Pratama berlumba di saingan Moto2,” katanya.

Tiket boleh dibeli melalui www.sepangcircuit.com manakala peminat antarabangsa juga boleh mendapatkannya menerusi dalam talian atau pun menghubungi ejen pelancongan yang berdaftar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here