Hafizh Syahrin Abdullah tak hilang fokus

1351

Sekali pun masa depannya dalam saingan MotoGP masih lagi samar, pelumba Red Bull KTM Tech 3, Hafizh Syahrin Abdullah enggan ambil kisah sebaliknya tetap fokus bagi menamatkan baki perlumbaan musim ini.

Ketika ini, khabar angin yang mengatakan penunggang kebanggaan negara itu akan ‘turun pangkat’ ke Moto2 heboh diperkatakan selepas tempatnya di dalam pasukan berkenaan pada musim depan sudah diisi pelumba Afrika Selatan, Brad Binder.

Tetapi berbanding memikirkan mengenai situasi berkenaan. Hafizh Syahrin Abdullah menegaskan dia masih menghormati perjanjian kontrak bersama pasukan dan lebih selesa untuk memperbaiki prestasinya.



“Walaupun saya belum lagi buat keputusan (pasukan yang akan disertainya), saya masih ada kontrak dengan pasukan yang saya wakili sekarang.

“Sekarang saya tidak mahu komen apa-apa dan itu saja yang boleh saya komen. Katanya ditemui di Majlis Pelancaran Grand Prix (GP) Malaysia, hari ini.

Sebelum ini, Red Bull KTM Tech 3 mengejutkan peminat sukan permotoran negara apabila merekrut Binder selaku pelumbanya untuk saingan musim depan untuk menyertai rakan sepasukan Hafizh ketika ini, Miguel Oliveira.

Sebagai makluman, GP Malaysia 2019 dijadualkan berlangsung 1 hingga 3 November ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Hafizh Syahrin Abdullah (lahir 5 Mei 1994) merupakan seorang pelumba motosikal dari Malaysia. Pada 21 Februari 2018, beliau bukan sahaja menjadi pelumba dari Malaysia pertama yang berjaya bertanding dalam kategori MotoGP. Tetapi beliau juga pelumba Islam kedua yang berjaya melakukannya selepas Karel Abraham.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here