Sewa kereta untuk tidur, makan

1385

Pengusaha kereta sewa di Jepun kini berdepan satu trend pelik pelanggan apabila mendapati banyak kenderaan yang disewa mempunyai jarak perjalanan yang rendah atau langsung tidak dipandu.

Bagi mengetahui punca trend berkenaan beberapa syarikat sewa kereta membuat satu tinjauan. Dan hasil kajian itu sangat menarik apabila mendapati ramai pelanggan menyewa kenderaan untuk pelbagai alasan. Selain memandu dan membawa mereka ke sesuatu lokasi.

Syarikat NTT Docomo memberitahu akhbar Asahi Shimbun, kajian pada tahun lalu mendedahkan seorang daripada lapan pelanggan menggunakan perkhidmatan kereta sewa bukan untuk tujuan pengangkutan.Sewa kereta



Sejumlah besar pelanggan memberitahu, mereka menyewa kerana hanya untuk tidur atau berehat di dalamnya dan sebahagian pula berkata. Kereta dijadikan tempat yang sunyi dan selesa untuk berbual di telefon dengan rakan, ahli keluarga atau rakan perniagaan.

 

“Biasanya satu-satunya tempat saya boleh tidur sebentar ketika mengunjungi pelanggan saya adalah kafe siber. Tetapi menyewa kereta untuk tidur dengan bayaran hanya beberapa ribu yen adalah sama seperti berada di kafe siber,” kata seorang lelaki di Tokyo.

Sebahagian pelanggan lagi memberitahu mereka menyewa kereta hanya untuk makan di dalamnya, menonton televisyen, memakai kostum Halloween dan untuk membuat senaman muka bagi mendapatkan wajah yang runcing serta mengecas telefon.

Kelebihan utama menyewa kereta selain daripada memandu adalah ia murah dan mudah untuk didapati. Serta pelanggan boleh menempah dengan menggunakan aplikasi di telefon bimbit.

Kadar sewa untuk 30 minit adalah hanya 400 yen (RM15) dan kereta akan dihantar ke mana-mana tempat letak kereta yang terdapat di seluruh Jepun.

“Kereta boleh digunakan sebagai ruang peribadi. Pelanggan menggunakan kenderaan kami untuk kegunaan yang tidak pernah kami jangkakan,” kata seorang jurucakap NTT Docomo.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here