Generasi lama Toyota terlibat kempen penukaran inflator beg udara

2538

UMW Toyota Motor Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka mengadakan kempen penukaran inflator beg udara untuk beberapa model yang dijual oleh syarikat itu.

Kempen penukaran inflator beg udara ini adalah berkenaan inflator beg udara Takata sebelum ini yang dibaiki pada 2014 hingga 2019. Ini kerana terdapat kenderaan yang digantikan dengan inflator yang tidak kering sepenuhnya. Jadi untuk kempen kali ini, semua inflator itu akan diganti dengan yang telah ditambah baik.

Vios 2003-2005

Terdapat kira-kira 41,000 kenderaan Toyota yang dikeluarkan dari 2001 hingga 2013 terlibat. Model-modelnya adalah:



Toyota Vios: Dikeluarkan dari Mei 2003 hingga Ogos 2007, dan September 2007 hingga Julai 2013;
Toyota Corolla Altis: Dikeluarkan dari Julai 2001 hingga Julai 2007;
Toyota Camry: Dikeluarkan dari Jun 2002 hingga Disember 2005; dan
Toyota Yaris: Dikeluarkan dari Januari 2006 hingga Ogos 2007.

Corolla Altis 2001-2007

UMW akan memaklumkan kepada semua pemilik kenderaan terlibat dan membuat pemeriksaan dan servis tanpa sebarang kos dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, pemilik kenderaan terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis bertauliah Toyota atau hubungi 1-800-8-TOYOTA (869682).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here