Audi RS7 Sportback 2020 akan membawa anda 0-100km/j dalam masa 3.6 saat

5664

Audi RS7 Sportback 2020 telah membuat kemunculannya di Frankfurt Motor Show dan sebagai ketibaanya baru-baru ini mendedahkan, jentera prestasi tinggi itu adalah seperti RS6 Avant walaupun dalam gaya Sportback.

Di bawah hud RS7 Sportback yang baru diletak enjin V8 berkembar 4.0-liter Audi. Kereta ini menyalurkan 592hp dan 800Nm tork dan boleh mencecah 100km/h dalam 3.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi iaitu 250km/j.

Sekiranya pelanggan mahukan sedikit kelajuan tambahan, mereka boleh memilih pakej dinamik yang mampu dipandu sehingga 280km/j atau pakej Plus dinamik yang berupaya memecut sehingga 305km/j.



Sistem

Audi mengatakan bahawa sistem 48-volt boleh memulihkan sehingga 12 kW kuasa di bawah pecutan lembut dan menyalurkannya ke dalam bateri lithium-ion. Apabila pemandu sedang memandu di kelajuan antara 55 sehingga 160km/j, kuasa rangkaian kuasa akan memulakan sistem pemulihan tenaga atau coasting walaupun enjin dimatikan. Ketika menekan pendikit, alternator tali sawat mula beralih pada V8 twin-turbo.

Menambah kecekapan powertrain RS7 Sportback baru adalah sistem permintaan silinder yang akan menyahaktifkan silinder 2, 3, 5, dan 8 dalam gear tinggi pada beban rendah kepada sederhana dan kelajuan enjin.

Seperti yang disebutkan, kereta ini menggunakan transmisi lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda yang memisahkan kuasa 40:60 depan ke belakang dalam kebanyakan situasi tetapi boleh menghantar sehingga 70 peratus kuasa ke roda hadapan dan sehingga 85 peratus kuasa ke roda belakang.

Audi RS7 Sportback standard menggunakan suspensi udara adaptif yang termasuk kawalan peringkat automatik dan boleh ditetapkan kepada tiga mod yang berbeza. Dalam mod biasa, suspensi udara membawa kedudukan RS7 Sportback 20 mm lebih rendah daripada A7 Sportback pada penggantungan tradisional manakala pada kelajuan melebihi 120km/j.

Untuk mempertingkatkan kebolehan di jalan raya, pelanggan boleh memilih sistem stereng roda dinamik dimana ia mempunyai pemacu Audi yang boleh dikonfigurasikan memilih sistem pengendalian yang dinamik.

Dari segi brek, RS7 Sportback mempunyai cakera besar 420 mm di bahagian hadapan dan cakera 370 mm di bahagian belakang. Terdapat juga brek seramik yang boleh meningkatkan saiz cakera depan hingga 440 mm.

Ruangan dalam

Di dalamnya, RS7 Sportback adalah sama seperti model lain dalam keluarga A7 tetapi tidak termasuk roda stereng kulit sport berlubang sepenuhnya dengan paddle shift aluminium dan paparan spesifik RS dalam paparan instrumen kokpit maya Audi. Audi juga telah membangunkan kerusi sukan RS dan menambah pelbagai lencana RS7 untuk merapikan kabin.

Audi masih belum mengumumkan harga untuk RS7 Sportback 2020, tetapi berkata ia akan mula tiba ke pengedar di seluruh Eropah menjelang akhir tahun 2019.

 

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here