Valentino Rossi balik kampung naik jentera MotoGP

1740

MotoGP San Marino adalah perlumbaan halaman untuk Valentino Rossi. Sebelum perlumbaan pada hujung minggu ini Valentino Rossi balik kampung, menunggang YZR-M1.

Tavullia adalah sebuah kawasan kecil yang terletak di Provinsi Pesaro e Urbino. Kawasan 42.07 km persegi adalah kampung halaman Valentino Rossi.



Rumah Rossi hanya kira-kira 10 km dari Litar Marco Simoncelli, dimana hujung minggu ini acara perlumbaan motoGP akan diadakan di San Marino . Sebelum melancarkan motosikalnya dan cuba memenangi kemenangan pertama musim ini, Rossi mengambil masa untuk pulang ke kampung halaman.

Valentino Rossi balik kampung pada kali ini sangat istimewa, kerana beliau pulang menunggangi jentera YZR-M1. Pada Selasa (10/9/2019) kelmarin ‘The Doctor’ (gelaran bagi Rossi) menyusuri jalan-jalan di Tavullia lengkap memakai sut perlumbaannya. Di sepanjang jalan ratusan orang berkumpul untuk menyaksikan kedatangan bintang pujaannya.


Pada Rabu (11/9/2019), ini merupakan mimpi Rossi yang menjadi kenyataan. Dulu, Rossi sangat menginginkan menunggang motosikal berkuasa tinggi di jalan raya di kampungnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here