Virus Corona merebak, Renault panjangkan tempoh penutupan kilang di Wuhan

1947

Syarikat pengeluar kereta dari Perancis, Renault, memutuskan untuk melanjutkan tempoh penutupan kilang di Wuhan City, China pada 13 Februari, 2020. Ini berikutan pengumuman dari pemerintah China tentang penyebaran virus Corona yang semakin merebak.

Renault wuhan

Sebelum ini, Renault berkata, mereka akan membuka semula kilang pengeluaran kereta mereka di Wuhan pada 10 Februari 2020, berikutan jadual percutian Tahun Baru Cina dari kerajaan.



Bukan sahaja Renault, satu lagi syarikat pengeluar kereta dari Perancis, Peugeot, juga akan membuka semula kilang pengeluarannya pada tempoh yang sama. Begitu juga dengan BMW yang menambah tempoh penutupan kilang mereka di Shenyang, China, sehingga 9 Februari.

Jurucakap BMW berkata keputusan bercuti diberikan kepada pekerja kilang. Sementara itu, pekerja pejabat akan kembali bekerja pada 3 Februari, 2020 dari rumah.

Selain BMW, Volkswagen dan Toyota juga telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh penutupan kilang di China kerana penyebaran virus berbahaya ini.

Virus Corona adalah faktor yang mempengaruhi bukan sahaja ekonomi China, tetapi seluruh dunia. Kesannya dirasai oleh industri automotif kerana aktiviti pengeluaran kilang tidak sesuai dengan rancangan. Sekiranya berlaku, kes ini juga diramalkan mempunyai kesan ke atas sektor automotif di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here