Kerajaan mungkin guna khidmat tentera jika rakyat Malaysia ingkar

2113

Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika keadaan memerlukan, khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh digunakan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya orang ramai masih ingkar mematuhinya.

Katanya, kementerian bersedia jika ada keperluan berbuat demikian bagi mengurangkan pergerakan orang ramai, sekali gus menjayakan matlamat perintah itu.



Malah, beliau berkata bermula hari ini, polis akan meningkatkan penguatkuasaan dalam bentuk sekatan jalan raya untuk membendung pergerakan orang ramai bagi mengatasi penularan virus Corona.

khidmat Angkatan Tentera Malaysia

Beliau berkata, setakat semalam tahap pematuhan rakyat adalah sekitar 60 peratus dan kerajaan mahu angka ini dinaikkan dalam masa terdekat ini.

“(Sedia) guna khidmat Angkatan Tentera Malaysia kalau ingkar (sebab) kampung tak cukup polis. Susah kawalan di kampung kalau RELA tak mampu, tentera mungkin digunakan di kampung, polis di bandar.

“Kalau (kadar) pematuhan tidak meningkat juga, pihak polis akan gunakan tindakan undang-undang dan tindakan tegas lagi ini. Saya harap, ia tidak perlu jika pematuhannya meningkat,” katanya.

Beliau juga berkata, polis juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk bertindak mempertingkatkan sekatan ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here