Mazda CX-30 dan MX-30 menangi anugerah Red Dot Product Design 2020

1473

Mazda CX-30 dan MX-30 masing-masing telah dianugerahkan sebagai pemenang “Red Dot: Product Design 2020”. SUV kompak CX-30 dan EV pertama Mazda MX-30 itu menjadi model Mazda yang terkini memenangi anugerah rekabentuk berprestij itu.

Sejak 1955, Red Dot menjadi pertandingan anugerah rekabentuk terbesar di dunia, dan tahun ini merupakan kali ke-8 Mazda memenangi anugerah ini, selepas Mazda3 pada 2019.



Model lain Mazda yang pernah memenangi Red Dot adalah MX-5 RF (2017), MX-5 soft-top, CX-3 dan Mazda2 (2015), Mazda3 generasi sebelum ini (2014) dan Mazda6 (2013).  

Mazda CX-30 merupakan model kedua yang direka dengan evolusi terkini falsafah Kodo. Rekaannya yang kemas, penuh elemen tradisi Jepun dan dengan permukaan yang cantik menjadikan CX-30 satu pemenang dalam kategori SUV/crossover kompak.

Ruang dalaman CX-30 pula menggabungkan ergonomik yang mengutamakan manusia berserta teknologi canggih. Pembangunan terkini dalam pembinaan Mazda SkyActiv membolehkan kawalan harmoni dan mantap pada CX-30.

Anda boleh tonton video pandu uji awal kami dengan CX-30 di bawah ini.

Mazda MX-30 pula – kini hanya terdapat di pasaran Eropah – dilengkapi dengan janaan kuasa e-SkyActiv, iaitu teknologi pemanduan elektrik baharu dari Mazda.

Ia didatangkan dengan bateri lithium-ion 35.5kWh cukup untuk membekalkan jarak pemanduan sehingga 200km.

Juga dilengkapi dengan SkyActiv-Vehicle Architecture dan i-Activesense, ia dihasilkan khas untuk memberikan gaya pemanduan elektrik sepenuhnya yang lancar dan senyap.

Mazda CX-30

Mazda MX-30

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here