Dani Pedrosa: Marc Marquez ibarat gabungan antara Valentino Rossi dan Casey Stoner

1647

Pelumba ujian pasukan KTM, Dani Pedrosa mengungkapkan bahawa Marc Marquez adalah gabungan dari Valentino Rossi dan Casey Stoner.

Dani Pedrosa

Pedrosa sendiri merupakan salah seorang bekas pelumba MotoGP yang masih diingati ramai peminat MotoGP. Sudah tentu ramai yang rindu akan aksinya di litar perlumbaan MotoGP.

Pelumba yang berasal dari Sepanyol itu bercakap mengenai kariernya dan berkongsi kejuaraan dengan 3 juara dunia yang lain iaitu Valentino Rossi, Casey Stoner dan Marc Marquez.



“Valentino Rossi telah menarik banyak peminat dan memenangi banyak kejuaraan, dia adalah pelumba hebat dan dia berlumba dengan baik di MotoGP,” kata Pedrosa.

Pedrosa juga mengenali Casey Stoner, yang merupakan rakan sepasukannya di Repsol Honda selama dua tahun.

“Stoner mempunyai bakat semula jadi, dia tidak peduli di mana dia berada dan bagaimana keadaan litar sama ada hujan, siang atau malam, kerana dia hanya mahu memecut ketika berluma” kata Pedrosa.

dani pedrosa Marc Marquez

Menurutnya, Stoner bukan pelumba yang terlalu banyak berfikir, dia tidak mempunyai kesempurnaan tetapi dia hanya ingin bergerak dengan pantas.

Bagi Marc Marquez, Dani Pedrosa menyebutnya sebagai gabungan dari Rossi dan Stoner.

“Dia adalah pelumba khas, gabungan Valentino Rossi dan Casey Stoner,” katanya.

“Kadang-kadang dia sangat kuat seperti Stoner. Kadang-kadang dia berkarisma seperti Rossi dan inilah yang saya lihat ketika saya berada di paddock bersamanya,” kata Pedrosa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here