Nose Team, pasukan dari Audi untuk uji aroma kereta

2042

Syarikat pengeluar kenderaan dari Jerman, Audi yang mempunyai pasukan khas untuk memastikan bahagian dalam produk keluaran mereka tidak akan mengeluarkan bau busuk. Pasukan tersebut dinamakan sebagai Nose Team yang terdiri daripada saintis.

Sebagai sebuah kereta mewah, tentu ada perkara yang sangat berbeza dengan kereta popular yang lain. Perbezaan ini bukan hanya pada ciri, tetapi juga dalam proses pengeluarannya.



Nose Team sudah pun wujud sejak tahun 1985 untuk melakukan kerja mereka. Audi menyedari bahawa tidak mungkin kereta bebas bau, jadi bukannya menghilangkan bau, malah mereka menghasilkan bahan kimia yang digunakan semasa proses pengeluaran untuk menghasilkan bau yang menyelesakan pelanggan mereka.

Nose team

Seorang ahli kimia Audi, Heiko Lüßmann-Geiger menjelaskan, keselesaan kenderaan dianggap sebagai piramid. Aroma yang dikeluarkan oleh kenderaan adalah satu ciri keselesaan paling asas yang dapat membuat sesuatu kenderaan yang dihasilkan laris dijual. 

“Pada akhir hierarki piramid sesebuah produk kami adalah kesejahteraan pelanggan, iaitu baunya. Sekiranya pelanggan rasa tidak selesa dengan bau sesebuah kenderaan, dia tidak akan merasakan semua sifat selesa lain yang terdapat pada kenderaan,” katanya.

Aroma dinilai pada skala dari 1-6 dari tidak berbau hingga sangat berbau. Kaca, seramik, dan logam sering dinilai sebagai 1, memandangkan ia adalah komponen teras kenderaan. Bahan lain mesti berada di bawah skala 4 untuk lulus ujian bau sesebuah kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here