Tahukah anda motosikal pertama julang Valentino Rossi sebagai juara ialah Cagiva Mito 125cc?

3331

Valentino Rossi masih aktif berlumba pada usia 41 tahun. Rossi terkenal sebagai pelumba motosikal legenda, yang pernah bergabung dengan pasukan Honda, Yamaha dan Ducati.

Motosikal valentino rossi

Tetapi tahukah anda, Valentino Rossi memenangi pertandingan perlumbaan pertamanya bukan menggunakan motosikal dari ketiga-tiga pasukan tersebut?



Rossi memenangi kejuaraan pertama dalam karier perlumbaannya menggunakan motosikal Cagiva Mito. Pada tahun 1993, Rossi menunggang Cagiva Mito 125cc untuk mengambil bahagian dalam Italian Sport Production Championship. Setahun kemudian, Rossi, yang masih remaja, memenangi kejuaraan tersebut.

Untuk maklumat, Cagiva Mito adalah salah satu jenama sportbike peringkat awal yang dikeluarkan oleh pengeluar Itali pada masa itu. Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 125cc 2-lejang yang mampu menghasilkan sehingga 30hp. Cagiva Mito 125 bersaing sengit dengan Aprilia RS125 pada tahun 1990-an.

Selain menggunakan Cagiva Mito sebagai motosikal pertama yang membawanya menjadi juara, pelumba yang popular dengan panggilan The Doctor itu juga masih menggunakan nombor perlumbaan 26, bukan 46 seperti sekarang.

Setelah menggunakan Cagiva, Rossi kemudian sering berpindah ke beberapa pasukan, seperti Aprilia, Honda, Yamaha, Ducati, dan kembali ke Yamaha.

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here