Koleksi kereta mewah anggota kumpulan BTS, dari BMW sampai Lamborghini

6804

Boyband dari Korea Selatan, BTS memasuki senarai selebriti dengan pendapatan tertinggi menurut Forbes. BTS berada di kedudukan ke-43 dengan pendapatan USD57,000,000 (RM248 juta) pada tahun 2019.

BTS

Tidak hairanlah jika apa yang mereka miliki agak menakjubkan, bermula dari kediaman hingga kereta mewah dengan harga yang sangat mahal. Ketua kumpulan iaitu Jin dilaporkan memiliki Lamborghini Aventador S berwarna biru.



Lamborghini milik Jin itu berharga sekitar USD522,000 (RM2.3 juta). Selain itu, Jin juga merupakan pemilik kepada Porsche Panamera GTS yang berharga sekitar USD100,000 (RM435,170).

Ketua kumpulan BTS iaitu Jin

Anggota kumpulan seterusnya iaitu Jimin, memiliki koleksi kereta mewah iaitu Lamborghini Countach dengan harga sekitar USD258,328 (RM1.1 juta) dan BMW X6 yang bernilai USD65,995 (RM287,190).

Sementara itu, J-Hope dikatakan memiliki Porsche 911 yang berharga USD109,650 (RM477,163). Dia juga merupakan pemilik kepada Ferrari 458 Italia dengan harga USD 225,000 (RM979,132).

Sayang sekali, koleksi kenderaan milik Jungkook, SUGA, dan RM masih belum diketahui. Mungkin ada di kalangan anda pembaca yang meminati kumpulan ini dan mengetahui apa kereta yang Jungkook, SUGA dan RM miliki?

Walau bagaimanapun, Jungkook dikatakan telah mengalami kemalangan pada akhir tahun lalu.

Pada masa kemalangan tersebut berlaku, dia dikatakan memandu sebuah Mercedes-Benz. Bernasib baik, dia hanya mengalami kecederaan kecil.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here