Covid-19: Hand sanitizer yang tertinggal dalam kereta boleh menyebabkan kebakaran

2734

Untuk mengelakkan dijangkiti pandemik Covid-19 yang sedang menular ke seluruh dunia pada ketika ini, anda sangat disarankan supaya sentiasa memakai topeng muka, basuh tangan anda dengan bersih atau gunakan hand sanitizer (cecair pembasmi kuman).

hand sanitizer covid-19

Tambahan pula jika banyak aktiviti yang dilakukan di luar rumah, hand sanitizer perlu kerap digunakan. Akan tetapi, anda semua perlu berhati-hati jika hand sanitizer ini tertinggal di dalam kereta.



Ini kerana, hand sanitizer merupakan produk yang berasaskan dari alkohol, dimana bahan ini adalah bahan yang mudah terbakar jika terdedah kepada cuaca yang panas dan terkena sinaran matahari dalam tempoh yang lama.

Oleh itu, jangan biarkan hand sanitizer tertinggal di dalam kereta, terutama ketika kenderaan diparkir di bawah sinaran matahari. Hal tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan kebakaran.

Menurut sumber, Jabatan Bomba di wilayah Wisconsin, Amerika Syarikat berkongsi gambar di media sosial dimana pintu sebuah kereta terbakar kerana hand sanitizer.

“Sesuai dengan sifatnya, kebanyakan hand sanitizer yang berasaskan dari alkohol sangat mudah terbakar,” kata mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here