PKPB: Suami isteri tinggal berjauhan boleh mohon rentas negeri di balai polis mulai esok

1797

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang dilaksanakan, suami isteri yang tinggal berjauhan boleh membuat permohonan rentas negeri di mana-mana balai polis berdekatan di seluruh negara.

pkpb rentas negeri

Ini kerana, menerusi aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, permohonan rentas negeri bagi perhubungan suami isteri tidak dapat diakses.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata permohonan rentas negeri untuk pasangan yang tinggal berjauhan perlu membawa surat kebenaran dari mana-mana Ketua Balai Polis ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Kerajaan sudah memberikan kebenaran untuk mana-mana pasangan yang tinggal berjauhan untuk melakukan perjalanan rentas negeri esok dan mereka sudah boleh memohon kebenaran pada masa ini.

“Hanya ke balai polis dan kebenaran tidak akan dapat dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia,” katanya.

Abdul Hamid berkata, selain perhubungan jarak jauh, permohonan untuk pergerakan rentas negeri di Balai Polis juga turut merangkumi urusan kecemasan seperti kematian dan mendapatkan perubatan.

“Pada masa ini aplikasi Gerak Malaysia hanya boleh dilakukan untuk perjalanan rentas negeri bagi pekerjaan membabitkan sektor penting,” katanya.

Berkuat kuasa esok (1 Jun) semua pasangan yang tinggal berjauhan boleh membuat perjalanan rentas negeri dengan menunjukkan surat kebenaran dari Balai Polis kepada mana-mana SJR dan ketika diperiksa oleh pasukan pemantau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here