455 individu ditahan pandu dan tunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol dari Januari hingga Mei

2431

Sejak bulan Januari hingga Mei, seramai 455 individu ditahan kerana pandu dan tunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol di ibu kota.

pandu dan tunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata terdapat satu kes melibatkan kematian kepada pengguna jalan raya lain dalam  jumlah tangkapan tersebut.



“Kita memandang serius perkara yang membabitkan isu keselamatan pengguna jalan raya. Kita juga telah mengambil tindakan ke atas 979 orang yang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol pada tahun lalu,” katanya.

Op Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguakuasaan Trafik Kuala Lumpur yang telah dilakukan, memfokuskan tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mengutamakan ciri-ciri keselamatan ketika pemanduan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim

“Sebanyak 138 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala seramai lapan individu ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya akan mempertingkatkan lagi tahap kekerapan operasi bagi mengesan pemandu mabuk.

“Saya juga mahu mencadangkan hukuman lebih keras dikenakan kes atas pemandu mabuk berbanding denda RM1,000 hingga RM2,000 ketika ini yang seolah tidak memberi impak kepada orang ramai,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here