MotoGP: Andrea Dovizioso dimasukkan ke hospital, perlu pembedahan segera

1159

Pelumba MotoGP pasukan Ducati, Andrea Dovizioso telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan segara pada tulang bahu. Dia tercedera dalam satu kemalangan ketika mengambil bahagian dalam satu perlumbaan motorcross.

Andrea Dovizioso

Pelumba dari Itali tersebut mengambil bahagian dalam acara motorcross yang diadakan di Faenza, Itali dan telah mendapat kebenaran dari pihak Ducati. Acara ini merupakan persediaan untuk acara motorcross yang akan diadakan di Emilia-Romagna.



Walau bagaimanapun, Divizioso telah mengalami kemalangan ketika mendarat dari lompatan yang dilakukan. Kemalangan tersebut memberi kesan kepada tulang bahunya, dan menyebebabkan dia segera dibawa ke hospital berdekatan di Forli.

Pihak Ducati telah mengesahkan Dovizioso telah berunding dengan pakar, Prof. Porcellini dan telah memutuskan untuk menjalani pembedahan untuk memberikannya peluang untuk bersaing dalam acara MotoGP yang akan diadakan semula pada 19 Julai yang akan datang.

Walaupun Dovizioso tidak diyakini akan cergas sepenuhnya untuk bersaing dalam perlumbaan MotoGP, pembedahan tersebut mesti dilakukan supaya dia sekurang-kurangnya dapat kembali dalam minggu-minggu terakhir persiapan MotoGP 2020.

Sebarang kecederaan juga akan lebih dirasai lebih-lebih lagi jadual padat yang akan diharungi oleh para pelumba pada sambungan semula edisi MotoGP 2020.

Walaupun Andrea Dovizioso adalah pelumba terbaru yang terlibat dengan kecederaan selain Maverick Vinales, pelumba dari Itali tersebut dibenarkan oleh pihak Ducati untuk berlatih dan menyertai perlumbaan.

Sumber: crash.net

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here