Pengeluaran akan berakhir, 18 unit terakhir BMW i8 dengan 18 warna unik

2413

Disebabkan pengeluaran i8 akan diakhiri oleh BMW tidak lama lagi, syarikat pengeluar Jerman tersebut telah menampilkan 18 model terakhir kereta sport hibrid ini dengan 18 warna yang unik. Warna-warna ini tidak pernah digunakan sepanjang tempoh pengeluarannya sebelum ini.

18 warna BMW i8

Menurut BMW, penghasilan 18 unit terakhir BMW i8 ini juga merupakan cabaran buat mereka. Ini kerana warna pada jentera tersebut dicat menggunakan tangan oleh para juruteknik. Syarikat tersebut juga perlu bekerjasama dengan pembekal untuk mendapatkan beberapa komponen yang khas.



“Unit terakhir dari BMW i8 adalah sesuatu yang kita semua boleh banggakan,” kata Hans-Peter Kemser, pengarah kilang BMW.

Kebanyakan pelanggan untuk 18 unit terakhir ini terdiri dari ahli BMW i8 Club International. Sebilangan ahli kumpulan tersebut hadir ketika proses pemasangan 18 unit kereta sport hybrid tersebut.

Model terakhir dalam proses pengeluaran ialah BMW i8 Roadster, yang disertakan dengan warna Portimao Blue. Dalam tempoh enam tahun pengeluarannya, BMW i8 berjaya dihasilkan sebanyak 20,500 unit.

18 warna BMW i8

Walaupun i8 bukanlah model yang menghasilkan jumlah jualan yang banyak, masa depannya di pasaran kereta terpakai mungkin akan menjadi lebih baik. Jumlah keluaran yang sedikit, penampilan yang menarik dan berprestasi tinggi mungkin akan membuatkannya ciri-ciri yang diimpikan oleh para pengumpul di masa hadapan.

Tidak ada tanda-tanda BMW akan menggantikan i8 dengan kereta sport hibrid lain pada casis khusus. Walau bagaimanapun, BMW telah menambah beberapa model plug-in-hybrid dalam barisan pengeluarannya. Pada tahun 2020 sahaja, BMW 330e, X2 xDrive25e, dan X5 xDrive45e telah diperkenalkan.

Lebih banyak PHEV dan EV akan dihasilkan, berikutan undang-undang pelepasan yang lebih ketat yang memaksa seluruh syarikat pengeluar kenderaan di dunia menghasilkan enjin elektrik yang lebih bersih.

Sumber: Motor1.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here