Volkwagen Passat R-Line lebih sporti dan kemas, boleh ditempah sekarang, harga anggaran RM200k

1797

Volkswagen Passat terkini baru saja diperkenalkan pada Januari lepas, dan kini Volkswagen Passenger Cars Malaysia menawarkan versi R-Line untuk sedan segmen-D itu.

Harga anggaran ialah RM200,000, iaitu kira-kira RM12,000 lebih mahal untuk model Passat Elegance. Untuk itu, anda akan mendapat penggayaan R-Line yang menjadikan sedan ini lebih kemas dan sporti.



Di bahagian luaran, ia didatangkan dengan bampar depan dan belakang R-Line, lencana sisi R-Line, kemasan krom, dan rim aloi Verona 19-inci.

Untuk ruangan kabin pula, tema R-Line diteruskan pada tempat duduk kulit Nappa hitam dengan corak karbon, roda stereng khas, dan pedal sports aluminium.

Passat R-Line dipacu oleh enjin sama dengan Passat Elegance, iaitu enjin turbo 2.0TSI yang mampu menghasilkan 190hp dan 320Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi DSG 7-kelajuan yang ditambahbaik.

Aspek keselamatan dipertingkatkan lagi melalui ciri Side Assist dengan jarak pengesanan 180-darjah sehingga 50 meter.

Ciri Rear Traffic Alert pula memberi amaran kepada pemandu apabila mengundur keluar dari ruang parkir jika terdapat kenderaan yang mendekati pada sudut 90 darjah.

Dari segi teknologi, Passat R-Line dilengkapi sistem infotainmen Discover Pro Volkswagen bersama skrin sentuh bersaiz 9.2-inci.

Ciri-ciri kemudahan termasuklah kawalan suara, gestur, skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian dan Wireless App-Connect dengan Apple Car Play.

Passat R-Line didatangkan dalam enam warna, iaitu empat warna metalik (Aquamarine Blue, Tamarind Brown, Manganese Grey dan Reflex Silver), serta dua warna mutiara (Deep Black dan Oryx White).

Tempahan dan urusan melihat secara dekat boleh dilakukan dalam talian atau di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here