Buat kejutan untuk suami tercinta, Ardell Aryana wrap sendiri Mercedes CLS55 AMG miliknya

3362

Pelakon Ardell Aryana mempamerkan kemahiran tersendiri apabila melakukan kaedah wrap terhadap Mercedes-Benz CLS 55 AMG miliknya secara sendiri.

Ardell AryanaMenurut Ardell, tindakannya yang melakukan proses menukar warna kereta miliknya itu merupakan usahanya untuk membuat kejutan kepada suami, pelakon Nadzmi Adhwa.

“Ubah suai selama lima hari. Siap sudah dua hari lepas..berpijor mata, jaga Urwa sambil nak siapkan kejutan untuk Wawa (panggilan Adhwa). Ok bersusah-payah nak buat tapi try dan error sahaja kita.



Runner beli barang semua lepas itu buat sendiri di rumah. Tak kemas tu biasa sebab bukan bidang buat benda ni, susah juga,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

View this post on Instagram

Ubah suai selama 5Hari 🚕 siap dah 2 hari lepas (Berpijor mata ) 😵, jaga urwa sambil nak siapkan surprise untuk wawa. Ok struggle nak buat tapi try & error je 🤷🏻‍♂️, pergi runner beli barang semua pastu buat sendiri kat rumah . Tak kemas tu biasa sebab bukan bidang buat benda ni 😅 susah gak. Ini 4 orang punya kerja 👩🏻‍🔧 setiap hari pagi-malam ( Saya tak buat sendiri ya, saya buat dengan kawan-kawan yang biasa buat juga.. mana lah saya pro buat sume sendiri 🙂) . Subuh tadi keluar amik wawa kat airport ( finally selepas 7hari ) dia balik , berkerut muka dia 🤣 marah ke suke tak pasti . Nak tengok gambar full yang da siap wrapping & reaction muka wawa subuh tadi kat airport tak ? 🥴

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Dalam posting tersebut, Ardell turut berkongsi hasil kerjanya wrap kereta miliknya itu.

“Ini empat orang punya kerja. Setiap hari pagi hingga ke malam. Subuh tadi keluar jemput Wawa di lapangan terbang dia balik (dari Sabah).

“Berkerut muka dia, marah ke suka tak pasti,” katanya.

Begitupun, Adhwa kemudian memuji kebolehan isterinya itu dalam melakukan ubah suai sendiri kenderaan itu yang biasanya dilakukan oleh golongan lelaki.

Netizen bahkan turut kagum melihat kebolehan Ardell melakukan kerja-kerja tersebut walaupun sibuk menjalani rutin sebagai seorang isteri dan ibu di rumah.

Sebelum ini, dalam posting terdahulu, Ardell Aryana turut mengakui memang minat melakukan ubah suai pada kenderaan sejak dulu lagi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here