Volvo Cars beri cuti bergaji 6 bulan untuk ibu bapa baru menimang cahaya mata

2276

Volvo Cars menawarkan polisi cuti bersalin bergaji kepada semua lebih 40,000 pekerjanya di seluruh dunia, di semua pejabat dan kilang, tanpa mengira jantina.

Polisi dengan nama โ€˜Family Bondโ€™ itu layak untuk pekerja yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dengan cuti maksimum 24 minggu, dan mendapat 80 peratus dari gaji asas mereka.

Polisi ini boleh diambil oleh ibu atau bapa, pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun pertama menjadi ibubapa.

CEO Volvo Cars, Hรฅkan Samuelsson berkata, โ€œKami mahu mewujudkan satu budaya yang menyokong kesamarataan untuk semua jantina.โ€

โ€œApabila ibubapa disokong untuk menyeimbangkan kehendak keluarga dan kerja, ia membantu merapatkan jurang jantina dan mmebantu mereka lebih cemerlang dalam kerjaya.โ€

Tambah Samuelsson, โ€œKami sentiasa dikenali sebagai syarikat yang mementingkan keluarga dan manusia. Dengan polisi ini, kami menunjukkan nilai-nilai kami yang juga akan mengukuhkan jenama ini.โ€

Akhtar Sulaiman, Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia berkata: โ€œIni suatu langkah besar untuk Volvo, dimana kami berbesar hati memanjangkan keistimewaan Family Bond kepada rakan-rakan sekerja kami di Malaysia.โ€

Polisi global Volvo Cars ini diinspirasikan oleh undang-undang negara asalnya iaitu Sweden yang terkenal dengan cuti ibubapa yang banyak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here