Nissan Great Rewards beri pelbagai tawaran istimewa, Almera serendah RM530 sebulan

1726

Dengan pengumuman lanjutan pengecualian SST oleh kerajaan baru-baru ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan kempen Nissan Great Rewards. Kempen ini akan menawarkan penjimatan cukai, ansuran bulanan rendah dengan Flexi Financing dan pakej aksesori dan penyelenggaraan.

Nissan Almera 1.0 Turbo baharu kini hadir dengan pakej aksesori Urban bernilai hingga RM5,500 dan pembiayaan Flexi Financing dengan ansuran bulanan serendah RM530.



Sementara itu, pekerja sektor awam boleh mendapat faedah dari Special Civil Servants Promotion yang menawarkan Almera 1.0 Turbo VL dengan harga RM71,906 sahaja. Ini ialah penjimatan RM8,000 berbanding harga asal varian VL ini iaitu RM79,906.

Untuk Navara pula, varian 4×4 2.5L Turbo Double-Cab ditawarkan dengan ansuran bulanan RM960 di bawah program Flexi Financing.

Nissan X-Trail dan Serena S-Hybrid juga tidak dilupakan. X-Trail kini hadir dengan pakej IMPUL atau Aero Edition bernilai RM5,600 dan ansuran bulanan RM1,020.

Serena pula ditawarkan dengan servis penyelenggaraan percuma 3-tahun termasuk alat ganti dan upah. Dengan Flexi Financing, anda boleh milik Serena ini dengan ansuran bulanan RM1,080.

Sebagai tambahan, ETCM baru-baru ini melancarkan Nissan Flaghsip Store di Lazada, membolehkan anda membeli atau menempah kenderaan-kenderaan baharu dengan mudah. Bayaran tempahan dikenakan cuma RM250.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nissan.com.my atau hubungi 1-800-88-3838.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here