Azad Jasmi: Insiden Nissan Skyline GTT R34, jangan main tekan kalau tak biasa pandu jentera kuasa tinggi

3804

Malang tidak berbau, kemalangan semalam yang melibatkan Nissan Skyline GTT R34 ini membuatkan pemilik kereta berputih mata.

Nissan Skyline GTT R34 tersebut kemalangan dalam perjalanan ke pemilik baharu. Kereta yang dipandu oleh orang tengah tersebut dipercayai terbabas lalu melanggar pokok mengakibatkan bahagian depan ‘rabak’.

Gambar hiasan

Perlu diingatkan memandu kenderaan biasa tidak sama apabila anda beralih ke jentera lebih berkuasa. Kerana itulah pengeluar kenderaan supercar menganjurkan latihan pengendalian dan pemanduan khas kepada pemilik baharu.



Ini kerana kereta yang memiliki tork tinggi memerlukan input pedal yang berbeza. Jadi kebanyakan pemandu yang tidak biasa mereka masih belum memahami ‘karakter’ kenderaan dan akan menekan pedal minyak lebih ke dalam di peringkat awal.

Apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar buat anda dan ini perkongsian dari Azad Jasmi yang perlu kita tahu apabila memandu kenderaan berkuasa tinggi:

  1. Jika pertama kali memandu kereta prestasi, dapatkan dahulu “feel” kekuatan enjin, keupayaan brek, tindak balas stereng serta karakter kenderaan.
  2. Sekiranya sudah biasa memandu kereta di bawah 200hp dan mencuba kereta melebihi kuasa berkenaan jangan sesekali terus test power.
  3. Ini kerana kereta keluaran kilang yang ditala dan dilengkapi dengan turbo biasanya memiliki graf tork dan kuasa yang lebih linear atau graf karakter landai. Jadi corak respons kuasa enjin lebih mudah diduga dan penghantaran kuasa yang tidak meningkat secara mendadak.
  4. Perlu diingatkan, kereta yang ditala dengan saiz turbo lebih besar akan adanya gejala ‘turbo lag’.  Selepas melepasi turbo lag inilah anda perlu berjaga-jaga, kuasa akan datang dengan lebih mendadak dan akan adanya lonjakan (spike) pada graf tork/kuasa enjin.
  5. Maka mereka yang tidak biasa akan merasakan kurang kuasa (underpower) di awal pecutan. Jadi akan berlakunya kecenderungan menekan pedal minyak lebih banyak.
  6. Tanpa sedar, apabila kereta melepasi had turbo lag dengan tahap putaran enjin seminit (RPM) yang tinggi dan kenderaan memasuki ‘power band’ lalu kereta akan pergi dengan laju. Buat pemandu baharu mereka akan terkejut.
  7. Apabila situasi tersebut berlaku, stereng berada pada sudut ke kiri atau kanan walaupun sedikit dan kemungkinan besar kenderaan akan terbabas. Tambahan kenderaan yang berkuasa 400bhp ke atas dan pacuan roda belakang (RWD). 
  8. Ramai juga yang menganggap naik taraf suspensi sport dan rendah, tayar lebar, rim sport, pad brek berprestasi tinggi sudah membolehkan anda memandu laju. Persepsi ini perlu diubah. 
Kesimpulan setiap kenderaan mempunyai karakter berbeza dan zaman kini kebanyakan kenderaan didatangkan dengan sistem pacuan roda depan (FWD) selain pacuan empat tayar atau AWD dan 4X4.
 
Bahkan kenderaan masa kini juga sudah dilengkapi dengan sistem elektronik termaju yang membantu pengguna dalam pengendalian. Jangan jadikan jalan raya awam untuk menguji kuasa jentera dan ketahui dahulu had pemanduan anda terutamanya apabila memandu kereta berkuasa tinggi. 
 

*Nota: Perkongsian diubah mengikut kesesuaian gaya penulisan Motoqar.

BACA>>Lelaki ini memiliki koleksi Nissan Skyline GT-R yang tidak pernah anda boleh bayangkan

BACA>>McLaren 720S Spider sewa terlibat kemalangan ketika berlumba dengan Lamborghini Huracan Spyder

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here