Benelli Tornado 252R (2021) lancar di China, harga RM16k

2231

Benelli memperkenalkan sportbike suku liter baharu Tornado 252R di China pada harga Yuan 25,800 (RM16,671).

Secara dekat motosikal itu kelihatan sama dengan model 302R namun didatangkan dengan enjin lebih kecil.



Tornado menggunakan enjin bersesaran 249cc dwi-silinder sebaris DOHC yang menghasilkan kuasa 25.6hp @ 8,500rpm dan tork 24.1Nm @ 6,500rpm. Sistem transmisi 6-kelajuan kemudian dipadankan dengan Klac Slipper.

Fascia depan sportbike berkenaan tampil baharu menerusi lampu depan bujur acah model MV Agusta. Kemudian dipadankan dengan skup udara di kedua-dua bahagian dan jalur lampu nyala siang (DRL) di bawahnya.

Sementara, fairing yang bersudut, tangki minyak dengan garis tajam serta belakang yang panjang mirip dengan model 302R. 

Tornado 252R dilengkapi dengan rim aloi 17-inci yang kemudian dilengkapkan dengan fork terbalik (USD) 37mm di depan dan monoshock di belakang.

Kedua-dua roda dipasangkan dengan brek cakera tunggal dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) sebagai standard. Tinggi pelana 785mm masih mesra pengguna terutamanya ketinggian rider Asean bagaimanapun 177kg agak berat bagi jentera 250cc. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here