Honda Malaysia buka tempahan City Hatchback, ini 4 info ringkas perlu anda tahu….

2084

Sebelum ini, Honda Malaysia mengeluarkan video teaser model baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Terkini, pengedar rasmi jenama Honda di Malaysia itu membuka tempahan model berkenaan iaitu City Hatchback  di semua pengedar sah Honda seluruh negara.

DUA PILIHAN JANAKUASA

City Hatchback serba baharu didatangkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu e:HEV dan petrol.



BACA>>Honda City Hatchback dilancar di Thailand! 1.0-liter turbo 3-silinder, dari RM81k

Model City Hatchback RS e:HEV dikuasakan enjin 1.5 liter Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang menghasilkan kuasa 108hp dan tork maksimum 253Nm.

Output berkenaan setara dengan prestasi enjin segmen D manakala gabungan enjin petrol dan motor elektrik bukan saja menyediakan kecekapan bahan api lebih baik bahkan menawarkan respons lebih pantas. 

Sementara, enjin petrol 1.5 liter DOHC i-VTEC dengan kuasa 119hp dan tork maksimum 145Nm menawarkan keseimbangan prestasi dan kecekapan penggunaan bahan bakar.

REKAAN PELANGGAN MUDA

City Hatchback serba baharu tampil sporty dan premium yang merangkumi konsep gaya hidup pelanggan muda.

Penampilan eksklusif varian RS e:HEV boleh dilihat menerusi kemasan cat hitam pada gril depan dan bingkai tingkap sisi. Turut kelihatan lencana RS merah pada bahagian gril honeycomb.

Selain itu penampilan eksklusif RS diserlahkan pada rekaan bahagian gril bawah, kemasan lampu kabus dan bampar belakang. Reka bentuk bampar belakang direka khas bagi versi hatchback dan didatangkan dengan diffuser hitam yang menyerlahkan jiwa muda.

Varian RS e:HEV dan V ditawarkan dengan pencahayaan LED pada lampu depan, lampu nyala siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang. Pemilihan rim aloi 16-inci meningkatkan penampilan sporty City Hatchback.

RUANGAN TAMBAHAN KARGO 

Seperti mana Honda Jazz, City Hatchback turut didatangkan dengan kerusi Ultra 4-Mod menerusi empat pilihan konfigurasi lipatan kerusi belakang iaitu Utility, Long, Tall dan Refresh.

Setiap pilihan konfigurasi menawarkan ruang tambahan untuk pemilik mengangkut barangan pelbagai saiz. 

BACA>>Honda Malaysia tayang video teaser City hatchback, bakal lancar tahun ini

CIRI TEKNOLOGI TERMAJU

Ciri lain yang pertama dalam segmennya adalah penghidup enjin kawalan jauh yang ditawarkan pada varian RS e:HEV dan V. Ciri tersebut membolehkan pemilik menghidupkan enjin dan pendingin hawa sebelum masuk ke kabin.

Tidak ketinggalan, Honda turut menempatkan corong pendingin hawa penumpang belakang serta Brek Parkir Elektrik (EPB).

City Hatchback juga menawarkan pakej lengkap Honda Sensing pada RS e:HEV yang merangkumi ciri keselamatan:

  • Kawalan Kruise Adaptif (ACC) 
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, kedua-dua varian ditawarkan dengan ciri Honda LaneWatch iaitu teknologi keselamatan berasaskan kamera yang mengurangkan jarak penglihatan titik buta menerusi visual masa nyata pada skrin sistem infotainmen apabila signal membelok ke kiri diaktifkan atau punat LaneWatch ditekan. 

GALERI
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here