[Video] Demi susu Nilofa yang diberi percuma, sanggup tolak motosikal balik rumah

1551

Baru-baru ini selebriti terkenal Noor Neelofa berkongsikan berita gembira kepada orang ramai untuk memberikan susu durian secara percuma.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram @nilofagroup. Menurut Neelofa, 33, kempen ini merupakan terbesar dalam sejarah Nilofa apabila memberikan susu tanpa had yang ditetapkan di Jalan Sungai Puloh, Klang, Selangor.



Namun, apa yang menjadi perhatian apabila tindakan seorang wanita yang sanggup menolak motosikalnya gara-gara tidak mempunyai ruang duduk selepas membawa berkotak-kotak susu percuma tersebut.

Video tersebut tular di Tiktok yang dimuat naik oleh @farrafareez_ memaparkan kegigihan wanita berkenaan sehingga terpaksa dibantu seorang lelaki untuk menolak motorsikalnya sambil memegang kota-kotak tersebut bagi mengelak daripada terjatuh.

Selain itu, dilihat ramai penduduk sekitar mengambil peluang untuk mendapatkannya sehingga pihak pengedar terpaksa memberhentikan proses pemberian tersebut seketika atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan akan memaklumkan tarikh serta lokasi yang baharu secepat mungkin.

Rata-rata orang ramai terkejut melihat kuantiti susu yang diambil wanita berkenaan dan ada yang mempersoalkan tindakannya itu.

“Patutnya dia order grab, salah sorang balik naik grab dgn kotak2 tu…kan senang.

“Jangan tamak … klu tamak elok la tu tolak motor tu sampai ke rumah.

Bagaimanapun, ada seorang pengguna meninggalkan komen memaklumkan tujuan wanita tersebut berbuat demikian adalah kerana ingin membantu mengagihkan kepada orang lain yang tidak dapat hadir untuk mengambil susu tersebut.

“Dia ambil sebenarnya nak sedekah dekat orang lain yang tak sempat datang, bukan tamak.

@farrafareez_

Ya Allah sanggup diorang ni, datang naik motor, balik tolak motor..#SusuPercuma #Nilofa#fyp #fypシ #neelofa #nilofa

♬ original sound – farrafareez_ – farrafareez_

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here