DRB-HICOM lancar pelan pembangunan Automotive Hi-Tech Valley – Bakal jadi hab automotif pintar rantau ASEAN

1491

DRB HICOM Berhad (DRB-HICOM) melancarkan pelan pembangunan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

AHTV adalah permulaan penting bagi projek mega berimpak tinggi yang dijangka merancakkan industri automotif Negara. Ia menekankan kepada sistem dan teknologi baharu dalam industri automotif global, iaitu elektrifikasi, Kepintaran Buatan (A.I), teknologi autonomi dan ketersambungan termaju, AHTV dijangka menjadi hab industri automotif bagi rantau ASEAN.

Apa tujuan pembangunan AHTV

Pembangunan AHTV bertujuan untuk mengadaptasi perubahan landskap industri automotif Malaysia dengan menampilkan ekosistem bersepadu yang akan menjadi pemangkin dalam merangsang semula sektor automotif domestik selari dengan hala tuju Dasar Automotif Negara (“NAP”) 2020. 



Ini bagi memastikan bahawa Industri automotif Malaysia terus berkembang dan setanding dengan negara-negara jiran.

DRB-HICOM MOUs Bersama Geely dan Kerajaan Negeri Perak

DRB-HICOM dan Kerajaan Negeri Perak menandatangani MOU untuk mengenal pasti peruntukan tanah tambahan yang sesuai di sekitar kawasan ini bagi pembangunan AHTV.

Kawasan di sekeliling kilang PROTON Tanjong Malim kini berkeluasan 4,000 ekar yang kebanyakannya telah didiami oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, vendor sedia ada, sebagai premis komersial dan sebagai hartanah kediaman. Tanah tambahan ini khas untuk pembangunan AHTV, termasuklah universiti penyelidikan.

DRB-HICOM juga turut menandatangani satu lagi MOU bersama Geely Holding Group. MOU dengan pemegang saham PROTON untuk membangunkan AHTV secara bersama dan bekerjasama dalam mengenal pasti vendor dan pelabur ke hab ini. 

Tubuh Universiti Penyelidikan

Untuk mengembangkan bakat dalam bidang automotif, AHTV juga bakal menubuhkan sebuah universiti penyelidikan. Satu rangka kerja pendidikan bagi industri automotif akan digubal ke arah memupuk jurutera generasi baharu dalam bidang Kejuruteraan, IT, Reka Bentuk, Kepintaran Buatan, Penyelesaian Mobiliti & Pembangunan Perisian.

Ini akan mengukuhkan keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan (“R&D) tempatan dan memastikan daya saing pengeluar peralatan asli tempatan (“OEM”). 

Pada peringkat awal pembangunannya, kira-kira 370,000 peluang pekerjaan dijangka akan diwujudkan di tapak AHTV bersebelahan dengan fasiliti pembuatan PROTON di Tajong Malim.

Apabila Fasa 1 siap sepenuhnya, hab ini akan menawarkan lebih 160,000 peluang pekerjaan, menyumbang kepada ekonomi Perak Darul Ridzuan dan negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here