Lebih dua dekad hidup dalam kapal pesiar, lelaki ini tidak boleh ‘jalan lurus’ di darat

829

Siapa sangka lelaki ini tinggal lebih daripada 20 tahun dalam kapal pesiar dan mendakwa dirinya sebagai lelaki terbahagia dunia.

Mario Salcedo yang dikenali sebagai Super Mario dalam kalangan komuniti pelayaran telah berpindah ke kapal Royal Caribbean lebih daripada dua dekad dan mendakwa tidak boleh berjalan lurus di atas tanah.



Mario sebelum ini bekerja dalam bidang kewangan di beberapa syarikat antarabangsa namun memulakan kehidupan di laut pada usia 47 tahun.

Dia menghabiskan lebih daripada 9,000 malam dalam kapal pesiar dan tidak pernah berasa bosan. Cuma keadaan menjadi rumit apabila mula mendarat. 

“Saya kehilangan ‘kaki darat’ saya, jadi apabila saya bergoyang begitu banyak saya tidak boleh berjalan dalam garis lurus,” katanya.

Dia menghabiskan sekitar AS60,000-70,000 (RM) setahun dengan menempah tiket dua tahun lebih awal dan memilih kabin paling asas. Di samping itu, dia juga membawa masuk dana dengan menguruskan portfolio pelaburan bagi pelanggan persendirian atas kapal.

Sementara itu, pada hari pelabuhan apabila kebanyakan penumpang turun untuk lawatan, Mario biasanya kekal di atas kapal dan hanya menjejak kaki di darat selama kira-kira 15 hari setahun.

“Orang datang ke sini untuk bercuti, saya tidak, saya datang ke sini untuk menjalani hidup saya,” katanya yang menyertai pelayaran pada 2017 untuk membuat dokumentari pendek tentang hidupnya dan diterbitkan pada tahun berikutnya.

Kembara itu membawanya ke China, Jepun dan New Zealand bahkan Suez Canal. Namun, Mario mencadangkan buat pelayar pertama kali memulakan perjalanan merentasi  transatlantl dari pelabuhan seperti Southampton. 

Walaupun bagi sesetengah orang, cara hidup ini mungkin terdengar seperti neraka, bagi Mario, ia adalah kesempurnaan.

“Saya tidak perlu membuang sampah, saya tidak perlu mengemas dan mencuci pakaian.

“Saya telah menghapuskan semua aktiviti tidak bernilai itu dan mempunyai semua masa di dunia untuk menikmati apa yang saya suka lakukan,” ceritanya.

Sudah tentu, dunia Mario runtuh apabila pandemik melanda dan dia terpaksa tinggal di darat seperti yang lain. 

Dia memberitahu All Things Cruise November lalu: “Saya tidak berlayar selama 15 bulan. Sedih kerana tidak mengetahui bila kapal akan berlayar lagi.”

“Pelayaran pertama saya kembali ialah 2 Julai tahun (2022) ini di Freedom of the Seas.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here