Pemandu KL habiskan 75 jam dalam kesesakan lalu lintas pada 2022

500

Menurut laporan Index trafik Dutch GPS technology dan TomTom, pemandu di Kuala Lumpur menghabiskan masa purata 75 jam dalam kesesakan lalu lintas sepanjang tahun lalu.

Data ini mengambilkira masa perjalanan, kos minyak dan pelepasan karbon dioksida. Sekaligus, menjadikan Kuala Lumpur dalam kedudukan 143 daripada 389 bandar yang mengalami lalu lintas paling sesak di dunia. 

Berdasarkan laporan itu, setiap pemandu di Kuala Lumpur berada di atas jalan selama 159 jam pada 2022, yang turut  bertanggungjawab membebaskan 833kg karbon dioksida dan membelanjakan purata RM1,023 untuk petrol.



Berdasarkan laporan ini, kesesakan lalu lintas paling teruk adalah pada hari bekerja iaitu sekitar 8 pagi hingga 9 pagi dan 6 petang hingga 7 petang.

Carta di atas juga menunjukkan pemandu di Kuala Lumpur memerlukan sekitar 25 minit dalam kesesakan lalu lintas untuk 10 kilometer ketika waktu puncak. Jika dibandingkan perjalanan tanpa kesesakan lalu lintas yang hanya mengambil masa sembilan minit.

Laporan ini juga mencatatkan peningkatan masa perjalanan kepada satu hari, lima jam dan 33 minit berbanding 2021.

Yang mana secara purata, pemandu di Kuala Lumpur meluangkan masa tambahan sembilan minit ketika waktu puncak sebelah pagi dan sehingga 12 minit pada waktu petang.

Indeks trafik ini juga menyatakan sekiranya syarikat di Kuala Lumpur melaksanakan satu hari dasar bekerja dari rumah (BDR) kepada pekerjanya, ia dapat membantu menjimatkan masa perjalanan sehingga 35 jam, RM203 perbelanjaan minyak dan mengurangkan 165 kilogram pelepasan karbon dioksida.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here