Carsome lancar pusat servis di Petaling Jaya dan Ampang

357

Platform e-dagang kereta bersepadu terbesar Asia Tenggara, Carsome melebarkan cabang perniagaan dengan melancarkan 2 pusat servis di Petaling Jaya dan Ampang.

Pusat servis ini bukan sahaja dibuka kepada pelanggannya tetapi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan kemudahan penyelenggaraan kenderaan apabila sudah tamat tempoh jaminan utama.

Berdasarkan kepada data Carsome, 80 peratus daripada kenderaan Carsome sudah melebihi lima tahun waranti, yang mana memerlukan mereka menyelengara kenderaan di bengkel-bengkel luar berbanding pusat servis berdaftar.



Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Eric Cheng berkata, pusat servis ini menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai untuk penyelenggaraan kenderaan tanpa rasa bimbang.

Kami yakin untuk mengurangkan keraguan pelanggan dalam mendapatkan perkhidmatan yang diyakini, mampu milik dan dipercayai kepada pelanggan.

“Kami menyediakan platform tempahan digital yang telus, disokong oleh piawaian dan pakar kami sebagai pusat penyelesaian sehenti untuk pemilik kereta,” katanya.

Pemilik kenderaan kini boleh membuat tempahan temu janji melalui laman website Carsome.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here