Ferrari tamat kerjasama dengan Naza Italia

641

Ferrari S.p.A. mengesahkan akan menamatkan kerjasama perniagaan bersama pengedar rasmi Ferrari di Malaysia, Naza Italia. 

“Penamatan kerjasama antara Ferrari S.p.A. dan Naza Italia Sdn Bhd (Ferrari Malaysia) berkenaan akan berkuat kuasa 8 April 2023.



“Bagaimanapun, dalam tempoh berkenaan Naza Italia masih memberikan perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada dalam urusan jualan dan selepas jualan,” kata jurucakap Ferrari kepada rakan media WapCar.
 

Sebelum ini, heboh dalam industri automotif lokal yang mendakwa Ferrari enggan memperbaharui kontrak pengedar sah bersama Naza.

Naza Italia dilantik sebagai pengedar rasmi Ferrari pada 2008, mengambilalih daripada pengedar sebelumnya Next Car.

Identiti pengedar baharu Ferrari masih belum diketahui, tetapi syarikat Itali itu berkata pengumuman akan dibuat dalam masa yang ditetapkan.

Berita berkenaan menjadikan Ferrari jenama yang bakal ‘angkat kaki’ dari Naza mengikuti Chevrolet, Kia, Peugeot yang kini dikendalikan oleh Bermaz Auto selain jenama roda dua iaitu Harley Davidson, Vespa, Aprilia, Indian dan Victory.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here