Peragut menyamar jadi rider p-hailing sekitar PJ

477

Seorang lelaki yang bertindak menyamar sebagai pemandu e-hailing untuk melakukan kes ragut jalanan berjaya ditahan sekitar Petaling Jaya pada 22 Februari lalu.

Suspek merupakan warga tempatan berusia 25 tahun, dipercayai mendapat beg penghantar makanan dan baju syarikat p-hailing tersebut daripada hasil curi.

Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata satu laporan kes ragut telefon pintar diterima pada 21 Februari lalu.



“Kira-kira jam 10 pagi, seorang warga tempatan berusia 25 tahun telah diragut ketika sedang melintas jalan.

“Bertindak atas maklumat, polis dari cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya menangkap suspek pertama pada 22 Februari sekitar jam 6.30 petang di Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya dan mengaku menjual telefon pintar milik mangsa kepada rakan sepenjenayah,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhruddin, suspek kedua iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun ditahan di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tambahnya, satu unit telefon pintar yang disyaki kepunyaan mangsa telah dirampas dan kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Semakan rekod mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod lampau berkaitan samun dan curi kenderaan manakala suspek kedua mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya sehingga 28 Februari lalu,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here