Sebanyak 2,200 Honda WR-V dihantar kepada pelanggan, varian RS laku keras

318

Sejak sebulan pelancaran, Honda Malaysia telah menghantar sebanyak 2,200 unit WR-V kepada pelanggan.

Di samping itu, pengedar jenama Honda di Malaysia itu juga meraikan pemilik pertama WR-V, Nurain Mohamad di pusat jualan Accord Auto Sdn Bhd, awal Ogos lalu.



Nurain menerima pakej Honda Aksesori, Ultra Glass Body Coating dan barang dagangan rasmi Honda bernilai RM5,000.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata pihaknya berterima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan mereka terhadap Honda dan sokongan untuk WR-V serba baharu.

“Sejak dilancarkan, model ini diterima baik di pasaran dan mencapai prestasi jualan yang luar biasa.

“Varian RS ialah penyumbang terbesar dengan 60 peratus daripada jumlah jualan setakat ini dan WR-V ialah model kedua terlaris dalam barisan Honda untuk bulan Julai lalu,” katanya.

Honda WR-V pasaran tempatan didatangkan dengan empat varian pada harga mula RM89,900. 

Ia menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 121PS@ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm bersama transmisi CVT.

  1.  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here