[Video] Enjin kiri terbakar, pesawat Air China mendarat cemas di Singapura

233

Pesawat Air China selamat mendarat di Singapura petang semalam selepas enjin di bahagian kiri terbakar.

Syarikat penerbangan itu berkata semua penumpang dan anak kapal dalam pesawat CA403 dari Lapangan Terbang Tianfu, Chengdu selamat dipindahkan.  Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan. 



Berdasarkan hantaran Facebook Changi Airport menyatakan pada jam 3.59 petang pesawat   Air China (CA403) yang terbang ke Lapangan Terbang Changi, Singapura dari Chengdu, China, melaporkan asap di ruang kargo depan dan tandas.
 
“Juruterbang mengisytiharkan kecemasan dan meminta keutamaan pendaratan lalu mendarat di Landasan 3 Lapangan Terbang Changi pada kira-kira jam 4.15 petang.
“Selepas mendarat, gelongsor kecemasan pesawat dikerahkan untuk pemindahan segera. Perkhidmatan Kecemasan Lapangan Terbang (AES) bertindak pantas dan memadamkan kebakaran di bahagian kiri enjin pesawat pada kira-kira jam 4.25 petang,” tulisnya.

SEMBILAN CEDERA RINGAN

@bens_social_club

Air China Engine Fire in Singapore! Lucky all are well and safe🙏 #airchina #airchinaenginefire #changiairport #planefireandrescue #viral #fypシ #fyp #benssocialclub #tiktoksg

♬ original sound – Ben’s Social Club – Ben’s Social Club

Kesemua 146 penumpang dan sembilan anak kapal selamat dipindahkan menggunakan bas ke terminal.
 
Manakala, sembilan penumpang mengalami cedera ringan akibat menyedut asap dan melecet ketika proses pemindahan telah mendapatkan rawatan.
Pesawat Air China itu dibawa keluar pada jam 6 petang dan landasan 3 dibuka semula pada jam 7.02 petang.
 
 
Dalam kejadian itu, sebuah pesawat dilencongkan ke Batam, Indonesia ketika tempoh penutupan landasan.
 

Air China berkata pesawat terlibat merupakan Airbus 320neo yang mula beroperasi empat tahun lalu.

Nahas udara maut terakhir China adalah pada Mac tahun lalu apabila Boeing 737-800 yang dikendalikan oleh China Eastern Airlines terhempas ke lereng bukit di Guangxi selatan China.

Kesemua 123 penumpang dan sembilan anak kapal terkorban. Siasatan rasmi mengenai kemalangan itu masih diteruskan.

@mothershipsg

Air China and Changi Airport Group are providing assistance to all passengers and crew members. #sgnews #tiktoksg #airplaneincident

♬ BGM with a sense of tension in serious images and news reports(1095966) – nyansuke

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here