Lengkapkan keluarga RS, Aprilia perkenal RS 457 (46hp)

306

Pengenalan Aprilia RS 457 (2024) melengkapkan pilihan sportbike untuk anak muda yang menginginkan sebuah motor yang lincah dan mudah dikendalikan di kota.

Pengeluar asal Itali itu memastikan jentera itu digabungkan dengan teknologi frem dan suspensi terbaik. 



Pesaing kepada KTM RC 390 dan Kawasaki Ninja ZX-4RR itu menggunakan enjin DOHC penyejukan cecair 4-injap parallel twin dengan kuasa 35kW (46hp).

Dengan berat 159kg, ia dilengkapi dengan ciri peralatan seperti throttle-by-wire dan memiliki tiga mod tunggangan yang akan menyelaraskan kuasa, tork dan kawalan traction (3-tahap). Sementara, fungsi quickshifter disediakan sebagai aksesori.

PENAMPILAN SIGNATUR RS

Penampilan RS 457 mengikuti lencana RS yang lain bermula dengan fairing depan ganda hinggalah peredam bahagian bawah bersama ekzos 2-in-1.

Lampu depan LED penuh menampilkan ciri khas lampu motor supersport Aprilia lebih besar, sedangkan lampu signal depan diintegrasikan ke dalam lampu utama.

Papan pemuka menggunakan kluster instrumen TFT warna bersaiz 5-inci yang praktikal manakala punat kawalan pada hendal didatangkan dengan lampu latar.

Suspensi depan menggunakan diameter 41 inci dengan travel 120mm manakala bahagian belakang monoshock boleh laras dengan travel 130mm. 

Sistem brek menggunakan cakera semi terapung 320mm daripada ByBre (depan) dan cakera 220mm ByBre (belakang). Ia dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran yang mana boleh dipilih untuk roda depan atau kedua-duanya.

Aprilia memilih rim bersaiz 17-inci yang kemudian dibaluti dengan tayar bersaiz 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang).

Ciri ergonomik jentera menerusi hendal klip-on yang dipasang di atas plat kemudi bahagian atas, penyelesaian sportbike jalan raya yang memberikan kesan tunggangan sporty dan selesa. 

Kehadirian RS 457 mengisi kekosongan antara RS 125 dan RS 660 sekaligus melengkapkan keluarga RS yang merangkumi superbike V4 yang bertenaga, dan yang paling berteknologi maju, Aprilia RS-GP yang kini sering naik podium kemenangan MotoGP.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here