Proton X90 tampil di tiga pasaran luar bulan lalu, sedia teroka lima pasaran negara lain

242

Proton mengeksport 5,406 unit kenderaan pada tahun 2022 iaitu peningkatan 79 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengeluar kenderaan nasional itu berharap dapat mengekalkan pertumbuhan yang sama untuk tahun ini.



Tahun 2023 agak mencabar disebabkan oleh faktor luaran yang mempengaruhi ekonomi global dan melembapkan potensi jualan syarikat di beberapa pasaran eksport utama.

Bulan Ogos Proton memperkenalkan X90 di tiga buah negara iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei. 

Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata tahun ini perniagaan eksport Proton agak mencabar kerana kebanyakan pasaran yang diterokai berdepan cabaran ekonomi yang mengakibatkan kawalan ketat pasaran modal.

“Bagaimanapun, usaha kami untuk meneroka peluang dalam pasaran lain diteruskan dengan kerja-kerja asas sedang dijalankan di Fiji, Ghana, Trinidad dan Tobago, dan Iraq.

“Pada masa yang sama, kami kekal fokus untuk mengembangkan kehadiran dalam pasaran eksport semasa,” jelasnya.

Pelancaran Proton X90, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama syarikat, dalam tiga pasaran eksport berlangsung hanya tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia pada 7 Mei.

Jualan di Brunei melonjak beberapa bulan kebelakangan yang mana berjaya mencapai paras tertinggi dalam sejarah.

Kumpulan pertama X90 dijual dengan pantas dan model lain turut diminati pembeli dalam pasaran dengan anggaran Jumlah Volume Industri (TIV) tahunan sebanyak 13,000 unit.

Bagi Ogos, jualan kenderaan Proton mencecah paras tiga angka buat kali pertama apabila 100 unit didaftarkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here