Ferrari 250 GTO bakal pecah rekod lelongan kereta termahal RM232 juta

154

Ferrari 250 GTO merupakan kenderaan lelong paling mahal yang dijual pada harga USD48.4 juta (RM232 juta) pada 2018.

Bagaimanapun, sebuah lagi model sama bakal memecahkan rekod tersebut. Supercar GTO itu bakal dilelong oleh RM Sotheby pada 13 November tahun depan.



Ferrari 250 GTO ini merupakan model paling jarang ditemui. Ia satu-satunya GTO Tipo 1962 yang digunakan Scuderia Ferrari dalam perlumbaan.  Selepas 38 tahun pemilikan, ia kini kembali dijual melalui lelongan.

Hanya terdapat 34 buah 250 GTO di dunia dan model yang dilelong itu merupakan unit ke-14 yang dibina dengan bimbingan Tipo 1962.

Perlumbaan Nurburgring 1,000 kms pada 27 Mei 1962

Supercar tersebut menamatkan perlumbaan sulungnya di Nurburgring 1,000km di tempat kedua.

Scuderia Ferrari berharap untuk merasai kejayaan di Le Mans namun malangnya ia tidak pernah berlaku selepas GTO perlu bersara awal akibat terlalu panas. 

Kemudian, Ferrari mengubahsuai model itu kepada spesifikasi standard 250 GTO dan menjualnya kepada syarikat persendirian. Kerja ubahsuai termasuklah menukar enjin lumba kepada 3.0 liter V12 (300hp).

Selepas bertukar tangan beberapa kali, model itu tiba di Amerika Syarikat menerusi seorang pemilik di Ohio pada 1985.

Dia menggunakannya untuk perlumbaan vintaj dan menghadiri pameran kereta. Terkini, pemilik itu  memutuskan untuk melepaskan supercar itu.

Kereta dengan nombor casis 3765 itu merupakan satu-satunya GTO asal yang dilengkapi dengan enjin 4-liter.  

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here