Pasangan Diraja Tengku Muhammad dan Tengku Natasya Puteri terima hadiah SUV Rabdan One

247

Dua hari lalu, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan anggun dan segak mengenakan busana berwarna biru pada istiadat berinai.

Pada istiadat berkenaan, menerusi perkongsian TikTok RB Eventor menunjukkan pasangan pengantian diraja itu menerima hadiah sebuah SUV Rabdan One berwarna hitam.

Menurut kapsyen video berkenaan, kenderaan tenaga baharu (NEV) itu merupakan pemberian Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Putera Mahkota Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.



Pernahkah anda dengar tentang jenama Rabdan?..ini informasi ringkas tentang Rabdan One keluaran UAE tersebut.

  • Rabdan merupakan kenderaan nasional UAE yang diasaskan daripada Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama UAE.
  • Rabdan mengambil nama daripada kuda Arab legenda Sheikh dan dikeluarkan oleh syarikat teknologi mobiliti hijau UAE, NWTN Motors.
  • Rabdan One model yang diterima oleh Tengku Muhammad dilancarkan hujung tahun lalu di UAE pada anggaran harga AED 240,000 (RM284,889). 
  • Rabdan One dijana oleh enjin 1.5 liter turbo 4-silinder bersama generator 80kW serta dipadankan dengan bateri litium ternary 33kWh bersama dua motor elektrik.
  • Kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) itu menghasilkan kuasa 684hp dan tork 1,040Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj.
  • Di negara asalnya, SUV itu didatangkan dengan tiga pilihan warna kabin iaitu Dark, Rice Brown dan Blue Brown.
  • SUV berkenaan menawarkan jarak perbatuan sejauh 860km dan jarak pemanduan elektrik penuh 123km (WLTC). 
  • Manakala luarannya mirip dengan Voyah Free menerusi gril krom yang besar kemudian diapit dengan lampu utama matrix LED bersama lampu tinggi adaptif. Selain itu ciri LED turut dipadankan pada lampu belakang, nyala siang (DRL), signal dan kabus.
  • Penampilan elegan disempurnakan dengan spoiler dinamik dan rim aloi aluminium bersaiz 20-inci. 
  • Kabin pula menampilkan penyatuan skrin hiburan dan kluster instrumen yang besar, bumbung panorama, 10 pembesar suara, dua zon pendingin hawa automatik, pengecas Qi serta perakam video digital (DVR).
  • Ciri keselamatan pula, Rabdan One dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) tahap 2 selain enam beg udara, Kawalan Traksi, Sistem Brek Anti Kunci dan Sistem Pemantauan Angin Tayar. 
@rbeventor

TAB & TNA dapat surprise!!!! Hadiah drpd HH Sheikh Muhammad bin Zaid, President UAE…Bestnya!! Sapa tau…kereta apa tu? Video kredit: Bamal Resonansi Events

♬ original sound – RB Eventor

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here