Honda Amaze (2025) – Generasi ketiga tampil lebih moden, dari RM42k di India

163

Honda India melancarkan model sedan generasi ketiga Honda Amaze (2025) yang bakal memberikan saingan secara terus kepada model sedan sub-4 meter seperti Hyundai Aura, Maruti Suzuki Dzire dan Tata Tigor.

Biarpun digelar sebagai model generasi baharu, Honda Amaze ini masih lagi kekal dengan platform yang sama seperti model terdahulu, cuma boleh dibezakan dengan muka hadapan Elevate dan rekaan belakang macam sedan City.

Honda

Selain platform, Amaze juga mengekalkan enjin 1.2 liter i-VTEC berkuasa 89 hp dan 110 Nm yang dipadankan dengan kotak gear manual 5-kelajuan atau CVT.

Tidak seperti imej konsep yang didedahkan sebelum ini, Honda Amaze mewarisi ciri-ciri yang tersedia untuk sedan sub-4 meter, seperti perkadaran reka bentuk badan yang sedikit aneh, serta rim aloi bersaiz 15 inci yang nampak sangat kecil itu.

Namun, Honda masih lagi membekalkan ciri moden seperti unit lampu LED depan dan belakang, serta rekaan papan pemuka yang lebih minimalis seakan kabin Civic.
Di dalam kabin, kebanyakan komponen dikongsi daripada model Elevate seperti roda stereng, skrin kluster digital tujuh inci dan butang kawalan iklim, kecuali skrin infohibur bersaiz lapan inci – lebih kecil berbanding unit 10.25 inci pada model Elevate.
 

Walaupun nampak aneh, Amaze masih lagi mampu menyediakan ruang kargo sebesar 416 liter – lebih kecil berbanding model terdahulu, namun jauh lebih besar berbanding pesaingnya Suzuki Dzire dengan kelebihan sebanyak 34 liter.

Ciri keselamatan cukup lengkap dimuatkan pada Amaze termasuklah enam beg udara sebagai ciri standard, diikuti dengan teknologi ADAS tahap 2 Honda Sensing yang merangkumi kawalan jelajah adaptif dan bantuan pengekalan lorong.

Di India, Honda Amaze dijual pada harga bermula dari ₹7.99 lakh (RM42 ribu) untuk varian asas hingga ₹10.89 lakh (RM57,240) untuk varian yang lebih premium, lengkap dengan fungsi ADAS.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here