Pemuda ini kongsi kenapa kedai motor suka pembeli buat pinjaman

880

Isu tentang harga motosikal di pusat jualan lebih mahal berbanding harga cadangan pengeluar masih tidak menemukan titik penyelesaian. 

Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mengawal harga motosikal yang dijual di pasaran kerana kaedah perniagaannya berbeza dengan penjualan kereta.

Gambar hiasan

Harga motosikal di pasaran terbuka ditentukan model perniagaan bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan harganya berbeza mengikut lokasi.



Selain itu, ia juga dipengaruhi penawaran dan permintaan daripada pengguna sendiri. Situasi ini memberi kesan besar kepada golongan pembeli berpendapatan kecil untuk memiliki motosikal pada harga mampu milik.

HARGA MENINGKAT BELI GUNA PINJAMAN

Perkara ini diakui seorang pemuda yang membangkitkan isu berkenaan di akaun TikTok miliknya. Bagaimanapun, pengguna akan terkesan apabila membeli motor menggunakan pinjaman sewa beli dan bukannya secara tunai.

Farhan Nordin mengatakan selama ini pengguna tertipu dengan harga yang ditawarkan kedai motor apabila menggunakan pembiayaan pinjaman.

“Ada banyak isu, kedai motor jual motor tak ikut launching price, yang itu takpelah demand meet supply.

“Kalau dia rasa launching harga motor 10 ribu, dia nak jual 13 ribu rakyat malaysia still nak beli..fine.

“Itu demand supply, orang nak beli tak boleh nak buat apa..kita setuju dengan harga itu walaupun melebihi harga launching, itu takda masalah,” jelasnya.

KEDAI MOTOR ‘MARKUP’

Namun, masalah akan berlaku apabila harga motor secara tunai dan pinjaman sewa beli tidak sama. 

“Kalau loan tambah lagi RM2,000…jadi RM11,800. Orang kalau tak tau pasal finance tak tau kira..betullah loan mesti mahal.

“Korang kena ingat loan mahal bila interest bayar pada syarikat kewangan. Kalau motor kapcai takda syarikat lain selalu AEON Kredit, selalunya 10 peratus,” jelasnya.

Farhan menyatakan pihak AEON Kredit akan membayar secara tunai kepada pihak kedai motor dan peminjam akan melakukan pembayaran kepada pihak yang memberi pinjaman.

Kenaikan harga tersebut membebankan pengguna yang mana penjual mengambil untung daripada pinjaman pembeli. 

“Maksudnya dia submit loan RM11,800, interest korang bayar lagi kt AEON dan RM2,000 dia markup.

“Bila tanya, itu dia cakap processing fee…20 percent dia ambil. Benda ni berlarutan dah lama.

“Beli motor kapcai processing fee RM2,000, gila..,” katanya. 

Bagi mengelak kejadian tersebut, digalakkan pengguna membeli motosikal kapcai secara tunai. Tetapi, tidak semua pengguna berkemampuan untuk membuat pembelian secara tunai.

@farhannordin968

#motor #y15zr #rs150 #xmax #nvx155

♬ original sound – farhannordin88 – farhannordin88

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here