#TahukahAnda : Negeri ini miliki Jalan Persekutuan terpendek…

534
Sebelum ini, Motoqar berkongsi pemilik jalan di Malaysia yang dibahagikan kepada lapan kategori.
 
Pihak ini bertanggungjawab bagi penyelenggaraan setiap jalan tersebut yang mana bukanlah semuanya di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR). 
 
Namun, pernahkah anda terfikir panjang jalan raya yang ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak?. 
 
Menurut perkongsian Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), jalan raya di Malaysia dibahagian kepada lima kategori seperti di bawah : 
 
 
 
Jalan Persekutuan merupakan jalan utama di Malaysia yang tidak melibatkan tol dengan panjang keseluruhan 18,117.1km. 
 
Bagaimana mengenalpasti Jalan Persekutuan?, ia dilabel dengan nombor mengikut negeri dan di bawah seliaan JKR. 
 
Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia bermula dari 1 hingga 999, Sarawak (1>920), Wilayah Persekutuan Labuan (L700>L761) dan Sabah (1,13,22, 500>503,600>6081,800>1,860).
 
Laluan ini menghubungkan ibu negeri, bandar-bandar utama, jalan masuk pintu utama negara, jalan masuk pelabuhan, jalan masuk ke lapangan terbang, premis milik Kerajaan Persekutuan seperti universiti, balai cerap, menara pemancar radio dan tv serta jalan masuk ke tanah rancangan Felda dan Felcra.
 
Berapakah pula panjang Jalan Persekutuan bagi setiap negeri?…Putrajaya merekodkan jalan terpendek iaitu 5.9km manakala Pahang memiliki jalan terpanjang sejauh 3,917km.
 
Manakala panjang lebuhraya di Malaysia pula adalah 2,035km diikuti Lebuhraya Pan Borneo Sabah (706km) dan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (786km). 
 

Kod jalan bertol dalam negara bermula dari E1-E39. Agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelia dan menyenggara jalan raya bertol ini adalah syarikat konsesi yang membina lebuhraya tersebut dan dikawal selia LLM. 

Lebuhraya Utara Selatan merupakan lebuhraya utama yang terpanjang di Malaysia iaitu kira-kira 966km. Lebuhraya ini merupakan projek kebangsaaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri.

 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here