‘Lori hantu’ bergerak sendiri selepas dirempuh kereta

89

Laman berita The Thaiger melaporkan sebuah trak tanpa pemandu bergerak sendiri di tengah jalan raya di wilayah Kalasin, Thailand pada 22 Mei yang lepas.

Kejadian tersebut berlaku selepas lori tersebut dirempuh oleh sebuah sedan sekitar jam 7 malam waktu tempatan.

Pasukan polis dari Balai Polis Mueang Kalasin bergegas ke tempat kejadian dan mendapati lori enam tayar tersebut bergerak secara mengundur dalem bentuk bulatan selama 10 minit sebelum berhenti.

Difahamkan, lori tersebut dilanggar oleh sebuah sedan hitam yang dipandu oleh Piyaratch Keopanya, 43 tahun. Pemandu tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil.

Trak tersebut dimiliki oleh kru syarikat yang sedang membuat tanda jalan dan diparkir di tepi jalan dalam posisi gear undur.

Menurut saksi, pemandu sedan tersebut mungkin tidak melihat kedudukan trak tersebut disebabkan oleh penglihatan yang terhad sebelum merempuh bahagian belakang trak.

Kesan daripada pelanggaran, enjin trak hidup secara tiba-tiba dan trak tersebut bergerak sendiri secara mengundur mengakibatkan beberapa pekerja lari bertempiaran kerana ketakutan.

Polis menolak dakwaan berlakunya unsur paranormal di tempat kejadian.

Siasatan akan diteruskan untuk menentukan sama ada para pekerja tersebut menyediakan isyarat amaran yang secukupnya tentang kerja yang sedang dijalankan.

Sekiranya gagal, syarikat tersebut akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos perubatan Piyaratch dan kerosakan yang berlaku pada keretanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here